Dulu kita pernah dikejutkan dengan pembatalan Jambatan Bengkok yang menyebabkan kerugian yang besar. Siapa yang tidak marah, Tambak Johor menjadi salah satu punca kesesakan di bandaraya Johor Bahru. Setiap hari kenderaan terpaksa bersesak sesak , berebut untuk masuk atau keluar dari Singapura. Tambak Johor juga menjadi punca perairan di Selat Johor tercemar kerana ianya menghalang pergerakan arus .

Menurut Tun Dr Mahathir juga, Pembinaan Jambatan Bengkok terpaksa dibatalkan kerana kemarahan rakyat Johor kerana ada 'pihak ' ketika itu sanggup menggadai pasir dan ruang udara negeri Johor. Kononnya pembatalan ini sebagai satu hukuman kepada rakyat Johor kerana menentang. Wallahua`lam. Hakikatnya, jikalau kita membuat tinjauan pendapat dikalangan rakyat Johor, saya boleh menjamin majoriti besar akan menyokong projek Jambatan Bengkok ini.

Tidak menjadi kesalahan jika kita merobohkan sebahagian Tambak Johor di dalam sempadan Malaysia kerana masih di dalam negara sendiri. Jika pembinaan Jambatan diteruskan, air yang selama ini lesu dan mati tidak berarus kini boleh mengalir semula. Bandaraya Johor Bahru pula akan kurang sesak kerana aliran trafik akan dilencongkan ke kawasan lain.




Kenapa Singapura beriya- iya menentang pembinaan Jambatan Bengkok? Sedangkan inya dibuat di dalam kawasan kita sendiri? Bagi mereka yang tinggal di luar kawasan negeri Johor mungkin tidak tahu atau tidak sedar sebab musababnya. Singapura juga dikenali sebagai 'Israel kedua ' di asia tenggara kerana Singapura adalah sekutu kuat Yahudi Amerika Syarikat dan Singapura juga negara jiran yang mengiktiraf Israel Laknatullah!

Jika Tambak Johor dirobohkan juga, kapal-kapal besar sudah boleh memendekkan perjalanan mereka dengan melalui Selat Johor sebagai alternatif . Dan ini juga menguntungkan negara kita sendiri. Kapal-kapal dagang sudah tidak perlu melakukan pusingan jauh dengan berlabuh di pelabuhan Singapura. Sekaligus pendapatan negara akan bertambah dan kita dapat menikmatinya bersama.

Singapura menentang kerana kononnya menjejaskan kepentingan negara mereka.Wal hal Singapura selama ini tidak pernah pun mengambil kira sensitiviti negara jirannya. Lihat sajalah Projek Penambakan Laut oleh Singapura, ianya dibuat terlalu hampir dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sehinggakan perairan di Tanjung Pelepas menjadi semakin cetek dan kapal kapal tidak dapat berlabuh di pelabuhan Tanjung Pelepas. Ini sebanarnya adalah satu sabotaj kepada kedaulatan Malaysia. Mereka ini umpama yahudi yang bersikap dengki dan bongkak.

Nelayan tempatan juga menerima nasib yang malang apabila pendapatan mereka terjejas teruk kerana peraiaran yang semakin cetek dan kadangkala mereka dihalau oleh Polis Marin Singapura.Lihatlah, singapura tidak sedikitpun mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia. Mengapa pula kita mesti takut kepada negara proksi Yahudi itu? Fikirkan....