Pada petang semalam , hari ahad 23 Mei 2009 saya telah dihubungi oleh ustaz Hadi ( pegawai JAWI dan Imam Masjid Kepong) memberitahu akan ceramah yang akan disampaikan beliau disana. Saya yang ketika itu baru sahaja pulang dari kedai dan tak sempat balik ke asrama pun bergegaslah ke sana dengan berpakaian tak formal (memang saya suka macam tu) bersama seorang Syeikh bernama Syeikh Umar Al Kallash .

Kami bertolak dari rumah beliau (syeikh) agak lewat iaitu selepas isyak. Setelah puas pusing pusing cari jalan akhirnya jumpa jugalah Masjid Khairiyah di Taman Sri Gombak. Ini baru pertama kali saya jejakkan kaki ke Masjid ni. Agak besar ,maklumlah masjid di kawasan bandar.Sesampainya kami disana ceramah sudah dimulakan , saya terus solat Isyak dahulu kerana menyangka mereka sudah solat Isyak .

Selepas itu kami pun duduklah mendengar ceramah yang disampaikan Oleh Al fadhil Ustaz Hadi. Kali ini ada kelainan sedikit jika dibandingkan dengan ustaz lain seperti ustaz Rasyiq, Ustaz Zamihan dimana beliau (ustaz Hadi ) membentangkan beratus ratus slide berkenaan Wahabi ! Saya lihat nada beliau juga lebih keras dan tegas . Boleh kecut perut wahabi dibuatnya . Kelihatan para pendengar kebanyakannya dari golongan veteran dan agak ramai ,rasanya lebih dari 50 orang.

Pendedahan tentang penyelewengan Wahabi didampaikan dengan sungguh mantap walaupun bagi saya terlalu banyak sangat slide bagi menunjukkan bukti penyelewengan wahabi ni. Benar , kalau nak dedahkan semuanya, 3 hari 3 malam pun tak habis lagi . Begitulah banyaknya penyelewengan yang telah dibuat oleh ajaran Wahabi ini.

Ketika sesi soal jawab saya tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan.Pada malam itu soalan yang ditanyakan para pendengar kebanyakan berkisar tentang mazhab dan perkara furuk sahaja. Bila tiba giliran saya , saya pun bertanya tentang masalah masalah dalam JAKIM .Memang resmi saya saya akan menanyakan soalan yang berunsurkan PROVOKATIF . Ramai yang menyangkakan saya adalah seorang wahabi pada malam itu, kelihatan memek muka yang mencebik kepada saya menunjukkan betapa bencinya mereka kepada ajaran sesat wahabi ni. Wah, saya disangka wahabi kerana soalan saya!!! Huhuhu(Memang ini yang saya mahukan )

Ketika mahu berangkat pulang saya ditahan oleh beberapa orang pakcik disitu dan mereka menyoal siasat saya kerana menyangka saya wahabi.Salam yang dihulurkan disambut dengan tawar. Letih jugalah melayan mereka yang tengah bersemangat nak melawan wahabi ni.Saya disangka wahabi mungkin kerana datang dan berbual-bual dengan pak arab dan saya pula berpakaian seperti nak pergi kedai runcit lepas tu pula seakan akan menghentam penceramah
( sebenarnya bukan begitu , takkanlah saya nak hentam sahabat sendiri). Saya dapat lihat betapa bencinya penduduk taman Sri Gombak terhadap ajaran sesat Wahabi ni. Akhirnya semasa majlis makan makan, mungkin mereka terkejut kerana saya yang disangka wahabi ni duduk disebelah Ustaz Hadi dan pembantu imam .Hehe.Jangan nilai sesuatu dari luaran.Setelah berbual dengan ahli kariah masjid barulah mereka tahu yang saya ni bukan Wahabi. Haaaa.

Saya tidak dapat bayangkan jikalau Ex Muftari Perlis Dr Asri bin Abdul Talib datang maunya dikeroyok. Mereka sangat bersemangat untuk menentang ajaran sesat . Saya memang agak kagum dengan penduduk di Taman Sri Gombak ni. Semoga semangat sayangkan akidah Ahl Sunnah ini terus subur dan semangat bersatu padu dibawah payung akidah yang haq dapat bersemi. Kepada Ustaz Hadi, barakllahufik kerana tolong promosikan blog saya ni.

Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah !!
Allahu Maujudun Bi La Makan