MAT MAT REMPIT ?



Gempar! Itulah yang dapat saya simpulkan dengan peristiwa baru baru ini. Dimana 3 exco dari PakatanRakyat telah melompat menjadi calon bebas.Dan bermula saat itu , jatuhnya kerajaan Perak pimpinan Ir Nizar Jamaluddin. Lompat melompat , itulah idea yang diwar warkan oleh DS Anwar Ibrahim , dan akhirnya idea itu memakan diri sendiri.

Satu perkara yang melucukan apabila DYMM Sultan Azlan Syah mengarahkan mantan MB Perak Ir Nizar Jamaludin untuk meletakkan jawatan di mana Ir Nizar sendiri telah memohon untuk mederhaka kepada sultan dengan tidak mahu meletakkan jawatan. Akhirnya, beliau telah dihalau keluar dengan cara yang memalukan dari pejabatnya kerana masih lagi berdegil menganggap beliau masih MB yang sah. Beliau patut malu kerana DYMM Sultan Azlan Syah adalah bekas Ketua Hakim Negara dan lebih arif tentang undang-undang dan Tuanku mempunyai kuasa mutlak dalam perkara ini.




SELAMATKAN INSTITUSI RAJA KITA

Lebih menarik lagi sebanyak 3000 orang yang majoritinya melayu telah turun berdemonstrasi membantah tindakan Sultan Perak .Ada yang menghina dan mencerca Sultan, ada yang membaling batu ke kereta sultan dan ada pula yang sanggup baring diatas jalan raya semata mata untuk menghalang kereta Tuanku Nazrin Syah. Kini kita pula dikejutkan pula dengan kenyataan Kapal Sinki dan Ir Nizar untuk menyaman sultan Perak! Budaya biadab seperti inilah yang di canangkan oleh Pakatan Rakyat supaya rakyat membenci Raja dan berlaku biadab terhadap Ulil Amri.PAkatan Pembangkang kini mempunyai 28 kerusi , dimana 17 dariapadanya adalah bangsa Kafir dan yang beragama Islam boleh dibilang dengan jari, manakala BN mempunyai 28 kerusi dan 27 daripadanya adalah beragama Islam.



KESULTANAN MELAYU AKAN DIJATUHKAN OLEH MEREKA?


Tindakan Ir nizar menggadaikan tanah melayu kepada kampung baru cina 999 tahun telah menimbulkan kontroversi. Orang melayu pun hanya mendapat hakmilik 99 tahun.Terlalu jauh bezanya.Tidak masuk lagi isu tadika KEMAS . Untuk mempertahankan 6 exco DAP dan 1 MB boneka mereka sanggup turun kejalanan berdemonstrasi , sedangkan orang cina yang mendapat Tanah 999 tahun hanyalah duduk di rumah memerhatikan dan bertepuk tangan memerhatikan kebodohan orang melayu.


Wahai saudaraku bangkitlah, kita semua bersatu, janganlah sampai negara kita jadi seperti Thailand dimana penyokong Raja Bhumibol bertempur dengan penyokong pembangkang Thaksin. Janganlah disebabkan kebodohan kita , tanah kita tergadai, akhirnya anak cucu kita yang merana. Janganlah disebabkan kerakusan kita kita kehilangan raja kita. Seperti apa yang berlaku terhadap khilafah Othmaniyah yang lenyap , kalau perkara seperti ini diteruskan, maka perkara seperti itu juga akan berlaku terhadap kita, dan akhirnya kita sendiri merempat dinegara sendiri ( seperti Melayu di Singapura) .