Gempar! Itulah yang dapat saya simpulkan dengan peristiwa baru baru ini. Dimana 3 exco dari PakatanRakyat telah melompat menjadi calon bebas.Dan bermula saat itu , jatuhnya kerajaan Perak pimpinan Ir Nizar Jamaluddin. Lompat melompat , itulah idea yang diwar warkan oleh DS Anwar Ibrahim , dan akhirnya idea itu memakan diri sendiri.
Satu perkara yang melucukan apabila DYMM Sultan Azlan Syah mengarahkan mantan MB Perak Ir Nizar Jamaludin untuk meletakkan jawatan di mana Ir Nizar sendiri telah memohon untuk mederhaka kepada sultan dengan tidak mahu meletakkan jawatan. Akhirnya, beliau telah dihalau keluar dengan cara yang memalukan dari pejabatnya kerana masih lagi berdegil menganggap beliau masih MB yang sah. Beliau patut malu kerana DYMM Sultan Azlan Syah adalah bekas Ketua Hakim Negara dan lebih arif tentang undang-undang dan Tuanku mempunyai kuasa mutlak dalam perkara ini.
Lebih menarik lagi sebanyak 3000 orang yang majoritinya melayu telah turun berdemonstrasi membantah tindakan Sultan Perak .Ada yang menghina dan mencerca Sultan, ada yang membaling batu ke kereta sultan dan ada pula yang sanggup baring diatas jalan raya semata mata untuk menghalang kereta Tuanku Nazrin Syah. Kini kita pula dikejutkan pula dengan kenyataan Kapal Sinki dan Ir Nizar untuk menyaman sultan Perak! Budaya biadab seperti inilah yang di canangkan oleh Pakatan Rakyat supaya rakyat membenci Raja dan berlaku biadab terhadap Ulil Amri.PAkatan Pembangkang kini mempunyai 28 kerusi , dimana 17 dariapadanya adalah bangsa Kafir dan yang beragama Islam boleh dibilang dengan jari, manakala BN mempunyai 28 kerusi dan 27 daripadanya adalah beragama Islam.
Tindakan Ir nizar menggadaikan tanah melayu kepada kampung baru cina 999 tahun telah menimbulkan kontroversi. Orang melayu pun hanya mendapat hakmilik 99 tahun.Terlalu jauh bezanya.Tidak masuk lagi isu tadika KEMAS . Untuk mempertahankan 6 exco DAP dan 1 MB boneka mereka sanggup turun kejalanan berdemonstrasi , sedangkan orang cina yang mendapat Tanah 999 tahun hanyalah duduk di rumah memerhatikan dan bertepuk tangan memerhatikan kebodohan orang melayu.
Wahai saudaraku bangkitlah, kita semua bersatu, janganlah sampai negara kita jadi seperti Thailand dimana penyokong Raja Bhumibol bertempur dengan penyokong pembangkang Thaksin. Janganlah disebabkan kebodohan kita , tanah kita tergadai, akhirnya anak cucu kita yang merana. Janganlah disebabkan kerakusan kita kita kehilangan raja kita. Seperti apa yang berlaku terhadap khilafah Othmaniyah yang lenyap , kalau perkara seperti ini diteruskan, maka perkara seperti itu juga akan berlaku terhadap kita, dan akhirnya kita sendiri merempat dinegara sendiri ( seperti Melayu di Singapura) .
6 komentar:
leh nyatakan sumber berita nih x ???
aku amat kahum melihat semangat sesetengah pihak yg mendakwa mereka menyanjung sultan,dan mereka amat sensitif apabila sultan dihina,melayu d lembukan,aku agak 'bangga' dgn diorg,semangat kesultanan dan kemelayuannya sgt hebat,sukartuk d nafikan..tp, mane mereka semua ini ketika islam d hina,hukum Allah d perkecilkan,budaya barat d agung2kan,umat islam d perlekehkan?
adkah kamu yakin dgn ape yg kamu perjuangkanni? Sejauh mane perjung kamu ni menyumbang kepada pembangun Islam.
Ape sgt status melayu yg cuba kamu banggakan tu? Ape jaminan status melayu tuk kamu,apakahakan membawa kamu kesyurga? atau hanya trus menyumbang kpd peningkatanindex jenayah,atau trus suburnya amalan rasuah d malaysia ini? sedarlah,x kira sultan ke,raja ke,atau sesape pun beliau tu,xkn dpt menyelamatkn kamu selagi mane mereka x melaksanakan hukum Allah. Dan jgn kamu berbicara ttg kejatuhan khalifah uthmaniah,jika kamu pun x ubah seperti rakyat yg berperangaisama dgn golongan yg menjatuhkansistem khilafah itu,,,TAKBIR
Terima kasih kerana memberi komen, pertama sekali , saya ingin nyatakan yang saya tak berpihak kepada mana mana parti politik, mana yang salah saya kata salah.Mana yang betul saya katakan betul.
Rasuah seperti yang saudara nyatakan berlaku tak kira parti mana pun ,hatta dalam PR pun ada yang dtangkap rasuah dan lebih teruk lagi rasuah seks dianggap sebagai sedekah.adakah ini orang yang dikatakan perjuangkan ISlam.
Apa kaitan antara melayu dan Islam?ISlam sangat penting dan bangsa melayu juga penting.Adakah Nizar itu terlalu Islam sehingga menggadaikan tanah melayu kepada bangsa kafir? Kenapakah pula untuk pertahankan kerajaan PErak yang 80% exconya dari orang KAfir orang ISlam sanggup menjadi Bughah?
Nak cerita pasal Parti Islam pun pada saya hanya pada nama sahaja, tetapi pemimpin
parti 'islam 'sendiri pun tak boleh pakai. Ada yang kata Allah Samseng, Allah mencarut, Allah duduk,Nabi Muhammad Budak Kampung, kafirkan umat ISlam. Itulah kesalahan FATAL dalam akidah yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kekufuran. Bagaimana mahu diharapkan dari mereka ini?
Fikirlah saudara, parti yang menggunakan nama Islam tidak menjadi jaminan untuk mereka berlaku benar.Tiada perkataan yang lebih sahih dari kalamullah,dan tiada siapa yang maksum selain nabi. Hidup Islam.
Tahniah Hafiz, aku rasa pendapat kau tuh memang benarnya.. Aku bersetuju..
Maaf kepada pengkritik, bagi saya, kekerasan yang ditunjukkan dengan membaling batu dan memaki dan sebagainya adalah suatu dosa dan tidak di ajar dalam Islam.. Ikhlasnya, saya suka dengan ideology yang ingin memartabatkan Islam seperti PAS tetapi saya sedih dengan sesetengah penyokong ideologi itu kerana sering mncemarkan kemulian ideologi mereka dan Islam itu sendiri dengan mencaci, memaki dan memburuk-burukkan orang Islam sendiri.. kalau orang len yang memaki len nampaknya, tapi, kalau orang yang kononnya memartabatkan Islam memaki, lebih teruk rupanya.. Ikutlah sunnah Nabi.. Melakukan dakwah secara berhemah... Tentang PKR, honest, saya memang tak berkenan.. Bukan apa, kebangkitan PKR membawa bersama kebangkitan DAP dan karpal sinki yang hanya akan memakan bangsa melayu dan umat Islam sendiri.. Lagipun kepada pengkritik, berdosa atau bepahala seseorang itu,ke syurga atau ke neraka seseorang itu, hanya Allah sahaja yang lebih tahu.. Sedangkan kita menyedari, telah tercatat bahawa akan ada satu zaman perpecahan Umat Islam sendiri.. dan buktinya, kita sendiri yang membawa kepada perpecahan ini.. Kalau memang iman orang yang kononnya memertabatkan Islam itu kuat, sudah pasti mereka lebih memilih kedamaian daripada perpecahan dan memprotes dengan cara yang baik.. Wallahualam.. Saya hanya seorang muslimah yang amat risau melihat perpecahan umat islam sekarang nih.. Sepatutnya, muslim yang baik membantu muslim yang tidak baik menjadi baik.. Bukan membentuk semangat kabilah kononnya muslim yang baik hanya bersama yang baik dan muslim yang tidak baik bersama yang tidak baik..
Apa-apa pun back to basic..
Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka, Sultan dianggap sebagai simbol kedaulatan Islam.. walaupun, ada Sultan yang tidak baik (tak semua orang sempurna).. pelajarilah tindakan Bendahara Tun Perak yang juga dipandang sebagai ulama ketika itu.. beliau bertindak secara berhemah tanpa memalukan sultan.. camner caranya, cari sendiri dalam buku teks sejarah.. isu nih ada dalam buku teks tersebut.. well, belajar dari sejarah..
Kemudian, ketika Tanah melayu memperjuangkan kemerdekaan.. Dalam perjuangan bangsa Melayu, agama Islam diangkat bersama... Ketika itu pemimpin yang menerajui UMNO benar2 mengambil berat tentang perjuangan bangsa dan agama.. Sehingga Islam dijadikan Agama Persekutuan.. Jangan dilupa jasa UMNO nih.. kalau benar2 nak perjuangan Islam.. UMNO pernah lakukannya tindakan yang sangat penting suatu ketika dahulu dalam memartabatkan Islam di atas bumi Malaysia ni.... Begitu juga institusi kesultanan.. walaupun, pernah membuat kesilapan dengan menandatangani perjanjian penubuhan Malayan Union di peringkat awal, tapi kerana tindakan berani sultan2 juga, Malayan Union dibubarkan.. Dan kerana bantuan mereka juga, Islam dimartabatkan sebagai agama persekutuan.. jangan hanya menuduh orang Islam lain tidak memperjuangkan islam.. Selagi dia tidak murtad, nafasnya, imannya dan hidupnya tetap seorang Islam dan kewujudannya di muka bumi sebagai Islam juga sudah menjadi perjuangan Islam.. Cuma bila dia lalai dan leka, kita bantu perbetulkan.. bukan jahanamkan lagi.. Lakukan dengan berhemah dan Ikhlas.. InsyaAllah, jika semua umat Islam di Malaysia yang majoritinya Melayu boleh bersatu padu, pasti sebuah Negara Islam bukan sekadar Impian malah sebuah realiti.. Maka, di Malaysia, Islam dan melayu adalah dua entiti yang berkait rapat.. Jika kuat agama seseorang itu, maka akan kuatlah juga semangat mempertahankan bangsa melayu dalam dirinya..
Buat Hafiz, nak minta izin. aku nak copy artikel ko nih dan letak di blog aku.. I will mentioned your name and your blo url.. Please.. hehehe
Ahlan wasahlan bikum.
Maklumat dalam tulisan saya diambil dari banyak sumber diantaranya forum TKO,KMU,Malaysiakini,Utusan dan juga harakah.
Terima kasih Ricca,
ada betulnya yang ricca tulis,
Banyak info dari tulisan ricca,yang saya sendiri pun dah banyak lupa , alhamdulillah Ricca punya ingatan yang kuat.
Tafaddhal ,
silakan Ricca kalau nak sebarkan, saya ucapkan terima kasih.Saya mengalu alukan komen dari sesiapa sahaja tak kira pro atau kontra. :)
Assalamu'alaikum wbth,
Saya tidak bersetuju dengan tindakan sultan perak (tetapi mungkin beliau ada sebabnya tersendiri memandangkan di belakang bekas MB Perak yang ramainya adalah DAP). Bagi saya memang perlu diberikan pilihan kepada rakyat untuk tujuan keadilan. Kerana rakyat yang bersusah payah memilih mereka yang mentadbir negeri Perak di dalam PRU yang lepas.
Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan tindakan menghina dan memaki hamun sultan Perak ini, bahkan mufti Perak juga dimaki hamun.
Dalam jangka masa panjang (biasanya orang yang bijak ni fikirannya bukan untuk masa ini sahaja, tetapi juga dilihat dalam kadar yang lebih jauh). Adakah kita tidak memikirkan tentang orang yang memusuhi Islam yang bersorak sorai dan akan membangkitkan lagi perkara seperti ini untuk mempertikaikan tindakan sultan (ingat - sultan adalah ketua agama Islam negeri).
Umat Melayu Islam - saya ingin mengajak agar kita menyemak sejarah di mana berdirinya kita di dalam memperjuangkan agama Islam. Maaf cakap (bukan sebagaimana yang dibawa UMNO - ambil sedikit-sedikit demi memuaskan perut sendiri, kita sudah lihat banyak contoh di akhbar sendiri).
Di dalam Malaysia ini, kita masih memerlukan sultan, raja sebagai ketua agama Islam dan yang menasihatinya tentulah para ulamak. Yang Dipertuan Agong kita Sultan Mizan adalah antara sultan yang boleh dicontohi komitednya pada Islam.
Adakah kita ingin menjadi seperti Singapura? Tak perlu cerita tentang Islam - ke mana perginya umat Islam dan mengapa jumlah umat Islam mengecil di sana? dan banyak pula batasan untuk pelaksanaan amalan Islam.
Saya lihat - bila dalam soal politik, seolah-olah hilang kewarasan berfikir secara rasional.
Jika terus emosional - adakah anda berfikir untuk satu jangka masa yang panjang akan perbuatan memaki hamun sultan (baca sultan yang TIDAK ADIL kerana silap membuat percaturan pada masa ini)?
WaLlahua'lam
Post a Comment