Tahniah Hafiz, aku rasa pendapat kau tuh memang benarnya..
Aku bersetuju.. Maaf kepada pengkritik, bagi saya, kekerasan yang ditunjukkan dengan membaling batu dan memaki dan sebagainya adalah suatu dosa dan tidak di ajar dalam Islam.. Ikhlasnya, saya suka dengan ideology yang ingin memartabatkan Islam seperti PAS tetapi saya sedih dengan sesetengah penyokong ideologi itu kerana sering mncemarkan kemulian ideologi mereka dan Islam itu sendiri dengan mencaci, memaki dan memburuk-burukkan orang Islam sendiri.. kalau orang len yang memaki len nampaknya, tapi, kalau orang yang kononnya memartabatkan Islam memaki, lebih teruk rupanya.. Ikutlah sunnah Nabi.. Melakukan dakwah secara berhemah...
Tentang PKR, honest, saya memang tak berkenan.. Bukan apa, kebangkitan PKR membawa bersama kebangkitan DAP dan karpal sinki yang hanya akan memakan bangsa melayu dan umat Islam sendiri.. Lagipun kepada pengkritik, berdosa atau bepahala seseorang itu,ke syurga atau ke neraka seseorang itu, hanya Allah sahaja yang lebih tahu.. Sedangkan kita menyedari, telah tercatat bahawa akan ada satu zaman perpecahan Umat Islam sendiri.. dan buktinya, kita sendiri yang membawa kepada perpecahan ini.. Kalau memang iman orang yang kononnya memertabatkan Islam itu kuat, sudah pasti mereka lebih memilih kedamaian daripada perpecahan dan memprotes dengan cara yang baik.. Wallahualam..
Saya hanya seorang muslimah yang amat risau melihat perpecahan umat islam sekarang nih.. Sepatutnya, muslim yang baik membantu muslim yang tidak baik menjadi baik.. Bukan membentuk semangat kabilah kononnya muslim yang baik hanya bersama yang baik dan muslim yang tidak baik bersama yang tidak baik.. Apa-apa pun back to basic..Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka, Sultan dianggap sebagai simbol kedaulatan Islam.. walaupun, ada Sultan yang tidak baik (tak semua orang sempurna).. pelajarilah tindakan Bendahara Tun Perak yang juga dipandang sebagai ulama ketika itu.. beliau bertindak secara berhemah tanpa memalukan sultan.. camner caranya, cari sendiri dalam buku teks sejarah.. isu nih ada dalam buku teks tersebut.. well, belajar dari sejarah..
Kemudian, ketika Tanah melayu memperjuangkan kemerdekaan.. Dalam perjuangan bangsa Melayu, agama Islam diangkat bersama... Ketika itu pemimpin yang menerajui UMNO benar2 mengambil berat tentang perjuangan bangsa dan agama.. Sehingga Islam dijadikan Agama Persekutuan.. Jangan dilupa jasa UMNO nih.. kalau benar2 nak perjuangan Islam.. UMNO pernah lakukannya tindakan yang sangat penting suatu ketika dahulu dalam memartabatkan Islam di atas bumi Malaysia ni....
Begitu juga institusi kesultanan.. walaupun, pernah membuat kesilapan dengan menandatangani perjanjian penubuhan Malayan Union di peringkat awal, tapi kerana tindakan berani sultan2 juga, Malayan Union dibubarkan.. Dan kerana bantuan mereka juga, Islam dimartabatkan sebagai agama persekutuan.. jangan hanya menuduh orang Islam lain tidak memperjuangkan islam.. Selagi dia tidak murtad, nafasnya, imannya dan hidupnya tetap seorang Islam dan kewujudannya di muka bumi sebagai Islam juga sudah menjadi perjuangan Islam.. Cuma bila dia lalai dan leka, kita bantu perbetulkan.. bukan jahanamkan lagi.. Lakukan dengan berhemah dan Ikhlas..
InsyaAllah, jika semua umat Islam di Malaysia yang majoritinya Melayu boleh bersatu padu, pasti sebuah Negara Islam bukan sekadar Impian malah sebuah realiti.. Maka, di Malaysia, Islam dan melayu adalah dua entiti yang berkait rapat.. Jika kuat agama seseorang itu, maka akan kuatlah juga semangat mempertahankan bangsa melayu dalam dirinya.. Buat Hafiz, nak minta izin. aku nak copy artikel ko nih dan letak di blog aku.. I will mentioned your name and your blo url.. Please.. hehehe
0 komentar:
Post a Comment