Oleh Maznah Mohd. Arsad.

KOTA TINGGI 3 Dis. – Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat. Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit. Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan. Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu mendapati para penduduk bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang pelbagai bencana seperti ditenggalami air akibat ketiadaan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar.


ULASAN :


Sebenarnya kes melombong pasir secara haram ini telah berlaku sejak tahun 1970 an lagi, dan dikatakan juga dalangnya dari ahli politik di Kota Tinggi sendiri. Memalukan! Sudahlah pasir negeri Johor dirompak, kemudian pula dijual kepada negara proksi Yahudi iaitu Singapura. Sudahnya kapal tidak dapat masuk ke palabuhan di Malaysia kerana perairan menjadi cetek ekoran penambakan laut oleh Singapura . Singapura sudah terlalu banyak menguji kesabaran orang Malaysia dan saya hairan kenapa pemimpin terlalu lemah sehingga tunduk kepada bangsa pendatang ni. Bahkan ada yang menjadi barua atau talibarut kepada bangsa pendatang ini .Apakah akan terjadi jika perkara begini tidak didedahkan ?Atau kita mahu lihat sahaja kepala kita dipijak pijak oleh negara proksi yahudi ini ?

Tunggu dan lihat sahaja tidak memadai...