Semakin lama wahabi semakin menjadi-jadi.Sejarah telah membuktikan bahawa wahabi inilah puak yang membunuh dan memecahbelahkan umat islam. Saya meminta kepada forumer supaya tidak terpengaruh dengan hujah mereka kerana
- mereka adalah mujassimah
- mereka gemar memutar belit aqwal ulama Islam
- mereka mendustakan aqwal ulama
- mereka menggunakan hadis palsu untuk menegakkan benang basah mereka
Buktinya ada orang yang komen di blog saya antaranya seperti berikut:
Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “... Yesterday, November 29, 2008, 12:49:00 PM noreply@blogger.com (my-ansarullah) Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11
)“...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)
Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)mahu lagi pendapat para imam mazhab..?
________________________________________________________________
Jawapan saya mudah. Wahai wahabi yang suka ambil sekerat sekerat.Adakah kamu mahu memutarbelitkan kalam imam Abu Hanifah ? Sumber yang kamu ambil pun sumber skunder.Imam Abu Hanifah tidak pun berkata Allah bertempat diatas Arasy , tapi kamu sengaja mahu menisbatkan akidah kufur kamu itu kepada imam Abu Hanifah .Mari kita tengok balik kata kata Imam Abu Hanifah itu.
Berkata Imam Hanifah Radiallahuanhu , dalam kitab Fiqhul Absat ,
"Sesiapa yang mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku samada berada di langit atau di bumi , maka kufurlah dia. Begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada diatas Arsy dan aku tidak pasti samada Arsy itu di langit atau di bumi. "
Dibawah ini adalah syarah para ulama mengenai kata2 Imam Abu Hanifah tersebut:
Menurut Syekh Al `Izz Abdissalam didalam kitab Hal Arrumuz , beliau mempersetujui kata kata imam Abu Hanifah tersebut lalu berkata :
"Ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah itu tempat .Barang siapa menisbahkan bagi Allah tempat maka ia adalah musyabihah."
Manakala syekh Mulla Ali Qari al Hanafi berkata dalam kitab syarah Fiqhul Akbar
"Dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulama yang paling mulia dan amat dipercayai, maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya."
Selain itu , Imam Al Alamah Abu Al Mahasin al Qauqaji Atthorbolusi al Hanafi berkata :
"Dan barang siapa yang mengatakan "Aku tidak mengetahui bahawa Allah itu berada di langit, atau di bumi ,maka kufurlah dia.Ini adalah kerana dengan menyatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi Zat Allah.Rujuk kitab al I`timad fil I`tiqad .
Telitilah syarah syarah ulama kepada kata kata Imam Abu Hanifah diatas kerana mereka lebih mengetahui .Kenapa wahabi menggunakan kata kata imam Abu Hanifah untuk menisbahkan tempat bagi Allah ?Sedangkan , Imam Abu Hanifah pula mengkafirkan mereka yang mengatakan Allah berada diatas Arsy , bertempat , bersemayam sebagaimana kata kata Imam Abu Hanifah dalam Al Wasiyah (Manuskrip)., mukasurat 17 .
"Kami mengakui bahawa Allah Subhanahuwataala , istawa di arsy tanpa ia memerlukan Arsy dan tanpa bersemayam diatasnya padahal , Allah lah yang menjaga Arsy dan selain daripada Arsy tanpa berhajat sedikit pun padanya.Jikalau Allah berhajat kepada arsy , nescaya tidak akan wujudlah alam dan pentadbirannya seperti makhluk-makhluk, jikalau Allah berhajat kepada duduk atau bersemayam (bertanya abu hanifah kepada musyabihah) ,maka sebelum menjadikan arsy dimanakah Allah,maha suci Allah daripada bersifat dengan sedemikian itu. "
Manakala hujah dari Imam Al -Auza`i dan Imam Ahmad pula saya minta kamu bawakan teks asal bukan yang diterjemahkan dan jangan lupa nyatakan sumber .
saya tidak ingin lagi melayan mereka yang suka mendustakan kalam ulama. Tidak guna saya melayan mereka ini kerana mereka akan cuba sedaya upaya menisbatkan akidah kufur mereka kepada imam 4 mazhab.Semoga Allah menganugerahkan hidayah Islam dan Iman kepada Wahabi yang masih hidup.
1 komentar:
askum wr wb ya ikhwan
salam asy' ariyah wa almaturidiyah di indonesia masih banyak yg menganut faham ini..
by : edyhazz (MAJLIS TA'LIM NAAM=nur attauhid asy ariyah naturidiyah )
blog saya : www.invasi.blogspot.com
Post a Comment