Salam takziah dan simpati kepada mangsa- mangsa gempa bumi yang terlibat. Apabila rumah banglo berjuta juta ringgit, kereta mewah berbiji biji , TV plasma selebar dinding, habis ranap ditelan bumi, sebagai tanda dugaan Allah kepada hamba-Nya.Cuma saya agak kesal apabila melihat bantuan makanan kepada keluarga mangsa gempa bumi tersebut dibuang begitu sahaja dan dimakan oleh babi hutan.Bila melihat makanan yang dibuang, hati saya merasa sebak dan bertanya kenapa keluarga mangsa membuang makanan bantuan tersebut. Wallahua`lam


Tahniah kepada pasukan keselamatan seperti RELA , RAMD, Polis dan mereka yang terlibat memberi bantuan kepada mangsa mangsa tanah runtuh. Mereka sanggup menyengkang mata , berjauhan dari keluarga di Hari Raya AidilAdha kerana untuk membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tidak usah dilayan rungutan dari mereka yang tidak tahu bersyukur. Semoga Allah jauhkan bala bencana dari kita semua.
3 komentar:
Betul ke ada menteri yang nak memberikan penginapan hotel?
Baca paper aritu dorang yg suh kerajaan bayar penginapan hotel mereka..
Macam2 ragam org kaya ni.. dah ditimba musibah pon xmau sedar diri..
Adat hidup manusia begitulah.....
clover4miza ,berita tu saya dapat dari sumber yang dipercayai, tapi saya tak mahulah sebut siapa dia menteri tu.
Kadangkala yang bersikap sebegini hanya segelintir sahaja, tapi kerana perbuatan mereka orang ramai boleh menjadi meluat kepada mereka yang tak bersikap demikian.
3p4h, biasa lah,
manusia ini macam macam ragam ...
Post a Comment