Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini hari ini berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara. baca sambungan lagi di ...utusan malaysia


Keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan Kontrak Sosial semakin dicabar. Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang dan Perak menyerlahkan hasrat dan niat DAP memusuhi orang Melayu dan sekali gus mahu menjadikan orang Melayu sebagai penduduk kelas ke dua di negeri berkenaan.

Di Perak, kerajaan yang berMenteri Besarkan wakil Pas mencadangkan tanah-tanah milik orang cina di kampung-kampung baru dinaikkan status hak milik daripada 99 tahun ke 999 tahun. Sementara tanaah hak milik orang Melayu di kampung tersusun kekal dengan status hak milik selama 99 tahun.

Walau pun MB Perak adalah seorang Melayu/Islam dari parti Pas tetapi, segala urusan pentadbiran dan perancangan negeri adalah dikuasai DAP – rakan kongsi utama Pas dan PKR. Perancangan politik DAP membela nasib dan masa depan kaum cina begitu ketara dengan pelbagai cadangan dan projek yang jelas mencabar politik dan masa depan orang Melayu. MB Melayu yang ada tak boleh buat apa. Hanya jadi boneka DAP sahaja.Tak berani membangkang dan dalam keadaan terpaksa mengikut sahaja apa yang dituntut dan dihasratkan DAP.

Tidak mustahil satu ketika nanti Malaysia akan menjadi seperti Singapura dimana orang melayu seakan akan merempat di negara sendiri.Contoh yang terbaik adalah seperti Pulau Pinang sekarang dimana orang melayu secara perlahan lahan dihalu keluar dari Pulau secara halus.Kerana kuasa, mereka sanggup menggadaikan agama ,bangsa dan prinsip perjuangan ...