PERHATIAN :terdapat beberapa perenggan yang terdelete dan saya dah edit balik .TQ

MUJADDID AGUNG DAN PERINTIS KEJAYAAN

Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam, semoga Allah menaikkan darjat Nabi Muhammad dan kebaikannya serta para sahabat dan melindungi umatnya .

Imam Abu Hasan al Ash`ariyy adalah imam kepada Ahl Sunnah, seorang yang menentang dan mengalahkan ketua kumpulan sesat dan memadamkan api dari bidaah bidaah yang dilakukan mereka.Dia mempertahankan agama Allah dengan menggunakan manhaj Rasulullah.Dia adalah seorang yang sangat terkenal dan ulama terbilang-- sangat mahir dalam berhujah dalam mempertahankan akidah Ahl Sunnah.Dikenali sebagai Abul Hasan, Imam Al Asha`riyy adalah putera kepada Ismail, anak kepada Abu Bishr Ishaq, anak kepada Salim,anak kepada Ismail,anak kepada Abdullah, anak kepada Musa, anak kepada Bilal, anak kepada Abu Burdah,anak kepada Abu Musa Abdullah,iaitu anak kepada Qays,anak kepada Haddar,al Ashariyy,Al YAmaniyy.Gelaran "Al Ashariyy adalah bersempena dengan nama keturunannya (Asha`irah) dan "Al Yamaniyy" merujuk kepada tanah airnya ,Yaman.


Rasulullah SAW memuji kaum Asha`rah lebih daripada satu hadis.Baginda berkata tentang mereka:"Jika mereka berada di sesuatu tempat dan sebahagian mereka kekurangan bekalan makanan,mereka akan duduk bersama, mengumpulkan segala makanan yang mereka ada dan membahagikan secara sama rata dikalangan mereka"


Al Hakim mengatakan Rasulullah memuji mereka dengan bersabda :


Image


bermaksud:<< Mereka mengikuti caraku ,dan aku sangat suka dengan mereka >>


Dalam Surah al-Ma’idah, Ayah 54, Allah berfirman:


Image

Yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang diberi petunjuk oleh Allah,mereka menyayangi Allah, dan Allah menyayangi mereka...ini diriwayatkan oleh ulama dimana -- semasa ayat ini diwahyukan , Rasulullah menunjukkan isyarat tangan kearah Abu Musa Al Asha`ariyy dan berkata "Mereka adalah dari orang ini"--iaitu rujukan besar kepada keturunan Asha`irah dimana moyang kepada Abu Hasan Al Ash`ariyy .




Menurut beberapa riwayat Imam Abu Hasan Al Asha`ariyy dilahirkan pada tahun 260 hijrah,manakala riwayat lain pula mengatakan pada tahun 270 hijrah.Walaubagaimanapun ,dia dilahirkan dalam tempoh 300hijrah dan menghabiskan banyak masa kehidupannya sebelum itu, jadi beliau juga adalah dari kalangan salafussoleh. Dia dibesarkan dalam keluarga Ahlu Sunnnah , walupun kemudian menjadi murid kepada Al Juba`iyy,salah seorang ketua fahaman Mu`tazilah,dimana beliau beliau banyak bersama dengannya .Walaupun Al Juba`iyy sangat terkenal dikalngan Mu`tazilah ,imam Asha`ariyy tidak sedikitpun menerima pelajaran yang diberikan oleh Al Juba`iyy. Al Jubai`yy percaya bahawa dengan kepercayaan sesat dikalangan Mu`tazilah. Dia mengatakan “ Satu kewajipan untuk Allah untuk melakukan sesuatu yang memanfaatkan makhluknya.” Ibn Asakir meriwayatkan didalam kitabnya Tabyin Kazib Al mUftari , pada ketika itu Imam Abu Hasan Al Ashariyy telah mempersoalkan Al Juba`iyy tentang kepercayaan muktazilahnya.



Dia bertanya “ Apakah yang akan kamu katakana tentang 3 orang ini,seorang yang beriman ,seorang budak [yang belum baligh] dan seorang yang menghina Allah?



Ajuba`iyy menjawab,” Orang yang beriman ialah seseorang yang mempunyai darjat yang tinggi pada hari akhirat.Manakala orang yang menghina Allah pula dikalangan orang yang menyesal di hari pembalasan.Dan pada budak itu , dia akan duduk dikalangan mereka yang diselamatkan, walaupun begitu tarafnya tidak akan sama seperti orang yang beriman itu.”



Al Asha`riyy kemudian bertanya kepada Al Juba`iyy” bolehkah taraf budak itu mencapai taraf seorang yang beriman?”



Al Jubai`yy menjawab,”Tidak. mukmin yang beramal soleh mendapat taraf sedemikian kerana ibadahnya dan ketaatannya kepada Allah.Manakala budak itu pula tidak mempunyai ibadat dan ketaatan seperti orang yang beriman itu.”



Bagaimana pula jika budak itu berkata “Ini bukanlah kehendakku.Ya Allah,jika Kamu mengizinkanku hidup lebih lama dari tempoh ini , aku akan melakukan ketaatan dan ibadah kepadamu seperti apa yang dilakukan oleh hambamu yang soleh.”



Al Juba`iyy menjawab” Allah akan memberitahu budak itu’ Aku mengetahui bahawa jika kamu hidup lebih lama kamu akan membuat dosa,dan kamu akan disiksa,jadi aku mematikan kamu sebelum baligh’.”



Al Ash`ariyy berkata kepada Al Juba`iyy" Bagaimana pula seorang yang sesat berkata"Ya Allah,kamu tahu tentangku.Mengapa kamu tidak berbuat demikian sedangkan ianya adalah bermanfaat bagiku ,dan mematikanku sebelum usiaku baligh seperti yang kamu lakukan keatas budak itu?"



Al Juba`iyy terdiam ,dia tidak tahu bagaimana untuk memberi jawapan.Dia tidak mampu mempertahankan dirinya sepertimana orang yang membuat kesimpulan pada jalan yang salah.



Al Juba`iyy kemudiannya membuat kesimpulan tentang status 3 orang itu pada hari pembalasan berdasarkan kesalahannya dimana beliau mengatakan menjadi kewajipan bagi Allah untuk melakukan apa sahaja yang bermanfaaat kepada hambanya, sebab itulah dia sampai ke satu tahap dimana tidak dapat mempertahankan hujahnya.Cara yang sebetulnya ialah dengan mengatakan Ahl Sunnah mengatakan" Tidak wajib bagi Allah untuk melakukan sesuatu perkara .Apabila Allah memberi balasan baik kepada orang yang beriman , itu menunjukkan sifat pemurahNya dan jika Allah menghukum orang yang berdosa,itulah sifat adil bagi Nya.Inilah ujah Ahl Sunnah Wal Jamaah yang kukuh dan mengalahkan hujah puak puak Mu`tazilah."



Ibnu Asakir juga meriwayatkan bahawa Imam Abu Hasan al Asha`riyy telah melihat nabi Muhammad SAW dalam mimpinya dimana baginda menyuruhnya untuk mempertahankan Ahli Sunnah Waljamaah.Dalam mimpinya beliau bertanya kepada Rasulullah,"Bagaimana aku boleh melakukan demikian ?Bagaimana aku harus mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan aku sudah menghabiskan bertahun tahun lamanya dengan golongan Mu`tazilah?Rasulullah berkata kepadanya"Jika aku tidak tahu bahawa Allah akan membantumu dengan bantuan yang istimewa,aku akan mengajar kamu sendiri dan akan memberi petunjuk kepada kamu bagaimana untuk kamu menghadapinya. Kemudian Imam Abu Hassan Al Asyariyy berkata, "Aku akan menghadirkan diri dalam majlis debat kepada semua yang menentang Ahli Sunnah dan perkara yang aku tidak pernah ketahui akan muncul. Bagaimanapun jawapan yang sempurna dan mantap ada didalam mindaku dan aku akan menggunakannya untuk mengalahkan mereka itu.Aku yakin ,inilah pertolongan istimewa yang diberitakan Rasulullah kepadaku"



Setelah beliau mengalami mimpi itu,Imam Abu Hasan Al Ashariyy melakukan pengumuman terbuka dan mengisytiharkan beliau telah bertaubat dari fahaman Mu`tazilah, dan pada masa itu juga beliau mengikuti Ahli Sunnah.Telah disebut bahawa beliau telah naik keatas mimbar didalam masjid pada hari Jumaat dan mengisytiharkan beliau tidak lagi dalam fahaman Mu`tazilah dan akan berjuang menentang mereka dan mendedahkan kesalahan mereka.Selepas itu beliau berusaha dengan gigih menyebarkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menghasilkan hujah yang terang dan nyata dalam mempertahankan Ahl Sunnah Wal Jamaah.Beliau menulis banyak kitab untuk menentang kitab yang beliau pernah tulis sebelum itu semasa beliau seorang Mu`tazilah.Beliau telah menulis penjelasan yang panjang lebar menurut pandangan Ahli Sunnah.



Al Faqih ,Abu BAkr as Sayrafiyy mengatakan "Mu`tazilah telah naik kepala sehinggalah Al Asha`ary berdiri menentang mereka dan memerangkap mereka kedalam penjuru kecil"Al Hafiz Abu Bakar Al Baghdady dalam Tarikh Baghdad telah mengatakan "Abu Hasan Al Ash`ariyy adalah seseorang yanggigih mempertahankan akidah dan seorang yang menulis banyak buku menentang kaum atheis dan lain-lain dikalangan Muktazilah ,Jahmiyyah,Khawarij,dan pembuat bidaah-bidaah yang sesat.Shamsuddin Ibn Khilikan dalam kitabnya ,Al A`yan telah mengatakan "Abu Hasan Al Asha`ri adalah moyang(rujukan) kepada menjelaskan pokok pokok akidah, seseorang yang mempertahankan Ahl Sunnah dan Ash`ariyy adalah nama yang merujuk kepadanya dan kemasyurannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata ."



Kebolehan Imam Abu Hasan Al Asha`riyy dalam menghasilkan hujah untuk mengalahkan puak yang sesat ternyata amat mengagumkan.Abu Sahl as Su`luky ,salah seorang ulama besar yang bertaqwa berkata "Kami menghadiri debat diantara Imam Al Ash`ary dan sebahagian ketua mu`tazilah di sebuah rumah orang yang terkenal di Basrah.Imam Al Ash`ariyy berdebat dengan mereka dan mengalahkan setiap seorang dari mereka! Beliau menghadapi mereka satu persatu sehinggalah mulut mereka terkunci rapat.Selepas itu mereka bersetuju untuk berdebat sekali lagi.Apabila Imam Al Asya`riyy menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan ,beliau mendapati tidak seorang pun dari kalangan Muktazilah berani menunjukkan muka.Imam Al Ash`ariyy menyuruh penjaga rumah tersebut menulis pada pintu"Mereka melarikan Diri."



ImamAbdullah Ibn Khafif ,salah seorang wali yang hebat telah berkata:



"Ketika aku muda, aku datang ke Basrah untuk bertemu denganAbu HAsan Al Asy`ariyy kerana aku mendengar tentangnya.Pertama kali aku masuk ke BAsrah aku bertemu seorang Shaykh yang kacak.Aku bertanya kepadanya,"dimanakan tempat tinggal Abu Hasan Al Asya`riyy?"



Dia berkata ,"Apa yang kamu mahu daripadanya?"



Aku berkata,"Aku mahu menemuinya."



Syaikh itu memberitahuku,"Datang kembali esok pagi pada waktu yang sama,dan aku akan

membantumu. "

Aku datang pada keesokan paginya dan pergi bersama Shaykh itu kedalam rumah seorang yang terkenal dalam satu sesi.Pada waktu itu, ada beberapa orang ulama dan alim.Apabila mereka terlihat Shaykh itu masuk, mereka melayani beliau denga sungguh hormat dan mendudukan beliau di tempat yang terbaik dan terkemuka pada sesi itu.Kemudian, salah seorang dari mereka bertanyakan soalan berkenaan akidah.Apabila lelaki itu mula hendak berhujah balas,Shaikh itu mencelah dan mula berdebat dengan orang yang bertanya soalan itu--sehinggalah beliau mendiamkan orang itu.Aku sangat kagum dengan ketinggian ilmu syaikh tersebut,jadi aku bertanya kepada mereka yang hampir denganku siapakah shaikh ini.Mereka memberitahuku beliau ialah Abu Hasan Al Asyari .Apabila sesi itu berakhir dan orang sudah pulang ,aku mengekori beliau.



Beliau melihatku dan lalu bertanya,"Orang muda,bagaimana kamu menjumpai Abu Hasan Al Asha`riyy?"



Aku menjawab,"Setelah aku mendengar tentangnya, dan sekrang akulah hambamu."Kemudian aku bertanyakan iama Al Ash`ariyy,"Kenapa kamu tidak mula berucap dahulu?"



Imam Al Ash`ariyy berkata ,"Aku tidak akan mula bercakap dengan pembuat bidaah yang sesat"



Imam Al Ashariyy tidak akan memulakan perkataan beliau dengan ahli bidaah kerana beliau tidak mahu membuka ruang untuk mereka utuk mengucapkan perkataan yang salah.Beliau tidak akan membiarkan mereka melarikan diri setelah mengatakan perkara yang salah.Sebaliknya beliau akan berhujah dengan mereka berpandukan apa yang Allah perintahkan kepada kita untuk melawan (kejahatan)munkar dan menyuruh kepada kebaikan (makruf).

Ini menunjukkan tahap kefahaman beliau yang tinggi.Ulama mengatakan "Al Asha`riyy adalah seorang yang mempunyai akal yang tajam".Pada mulanya , Imam Al Ashariyy tidak mendedahkan identitinya kepada Ibn Khafif kerana , mengetahui kesan first impression dalam hubungan antara Shaykh dan muridnya, beliau mahukan Ibn Khafif mengenalinya buat kali pertama dengan cara yang terhormat--dimana beliau mengadakan sesi debat.Perkara ini menguatkan lagi kebenaran berkenaan ulama ulama yang mengatakan Abu Hasan Al Asyariyy adalah seorang sufi yang agung dan mahir dalam perkara berkaitan dengan rahsia berkenaan dengan hati,seperti mana beliau adalah seorang yang amat mahir dalam ilmu agama.



Al Ustaz Abu Ishaq al Isfaraniyy, seorang imam yang hebat berkata:"Duduk disebelah Imam Abu Hasan Al Bahillyy, aku seperti setitik air di lautan.Aku mendengar Imam Bahilliy berkata jikalau beliau dibandingkan dengan Al Asha`riyy beliau sepeti setitis air di lautan."
Sebelum Abu hassan Al Bahilliy menjadi anak murid Al Asha`riyy, dia telah menjadi seorang imam bagi puak Syiah.Imam Al Asha`ry berdebat dengan beliau dan hasilnya beliau menjadi salah seorang ulama besar ahli Sunnah.



Seorang hakim.Abu Bakar al Baqillany berkata tentang dirinya,"Aku boleh mendapat tahap kefahaman terbaik tentang ilmuku sekiranya aku memahami perkataan Al Asha`riyy."Abu Bakar Al Baqillany menjejaki tahap salah seorang ulama dalam manhaj Imam Al Asha`riyy, sehinggakan jika seseorang berkata," Hakim berkata" tanpa memperincikan lebih lanjut lagi , orang akan faham bahawa hakim itu ialah Abu Bakar Al Baqillany.Dia mempunyai kepintaran yang tajam--jelas disaksikan apabila khalifah menympaikan pesanan kepadanya untuk Raja Rom.Raja Rom telah diberitahu bahawa al Baqillany tidak akan tunduk hormat pada orang kafir,jadi beliau tidak akan tunduk pada raja itu.Raja itu menyangka beliau adalah bijak,maka raja itu mendapat satu idea bagaimana untuk membuat al Baqillany tunduk kepadanya apabila beliau masuk kebilik.Beliau telah membuatkan pintu masuk sangat rendah supaya apabila seseorang mahu masuk perlu tunduk.Apabila Albaqillany tiba ,beliau sedar apa yang berlaku.Dia telah berpaling dan masuk secara membelakangi pintu itu! Pada waktu yang lain pula Al Baqillany hadir pada satu sesi bersama Raja dan ketua paderi dan semua paderi .Al Baqillany telah memerli ketua paderi mereka dengan berkata "Bagaimana isteri kamu dan anak kamu?"

bersambung........