Minggu ni mulalah mood bertukar, minggu depan sudah final exam, saya hanya ambil 3 paper sahaja.Baru hari ni nak start study.Hari ini hari jumaat, takde kelas. Dalam khutbah jumaat hari ini , khutbah disampaikan oleh seorang imam besar dari China yang agak terkenal di negeri China, Syekh OmarAl Sinni namanya. Terkejut juga, inilah first time khutbah kat UIA ni dalam bahasa Cina, biasanya dalam bahasa melayu, inggeris , atau arab sejak masuk UIA.
Habis je solat jumaat , saya sempat bertemu dengan mereka ini, kemudian kami diajak makan makan di kafe Al siddiq, mereka memang ramah.Dalam ramai ramai tu sorang je yang tahu bahasa inggeris, manakala yang lain hanya boleh berkomunikasi dengan kami dalam bahasa arab dan mereka amat menyukai bahasa Arab berbanding bahasa mereka.Banyak yang dibincangkan, terutamanya tentang akidah Islam ,keadaan di China dan juga isu semasa.Sepanjang perbualan bersama mereka timbul isu hangat berkaitan gerakan wahabi diChina dan saya kagum dengan ketrampilan imam-imam yang dihantar kursus ke UIA .Ini kerana pegangan akidah mereka jelas dan utuh , setahu saya kebanyakan umat China bermazhab hanafi dan berakidah Maturidiah.Semua imam China yang dihantar bermanhaj MAturidiah .Alhamdulillah jumpa gak geng ahl sunnah :) .
Tapi apa yang saya terkejut, mereka telah mengingatkan kami tentang gerakan wahabi yang amat bahaya dan mereka juga mengakui bahawa wahabi ialah punca sebenar keporak perandaan masyarakat Islam di china walaupun wahabi adalah minoriti.Syekh Omar Al Sinni merangkap timbalan Mudir Maahad menegaskan bahawa gerakan ini bukanlah berakidah Islam kerana katanya wahabi ini golongan yang beriktiqad "Allah Duduk Atas Langit"
Manakala Imam Ishaq dan Imam Harun menunjukkan mimik muka menunjukkan mereka amat benci fahaman wahabi.Pada pengamatan saya ,golongan wahabi ini sebenarnya bukanlah kuat mana pengaruhnya, tetapi penting bagi kita mencantasnya dari berleluasa.
Siapa sangka, mereka hari itu membelanja kami makan dan juga mengajar menggunakan chopstick.Hehe, kelakar pun ada bila practice tak jadi, baru nak masuk mulut dah jatuh balik hehe.
Orang lain makan makan Uighur, saya lak makan nasi beriani, hehe.Paling menarik di UIA ialah macam macam makan ada disini. Sebut sahaja makan apa,arab, bosnia,maghribi, western,bangla? semua ada .Sangat murah, mana nak cari chicken chop harga RM4.00 ?Kuftah cuma RM 3 , setiap kali balik kampung mesti rasa rindu makan kat uia.Kat sini saya jarang makan nasi kerana terlalu banyak variety makanan.Cuma lalu dengan tak je sebab kadang kadang pelik.
Kali ni saya tulis nak hilangkan rasa bosan sahaja, lepas ni mungkin saya akan banyakkan artikel ilmiah.Dalam kepala sekarang risau..exam...exam....
doakan kejayaan saya ye :)
10 komentar:
huhu~ seronok pengalaman tu.... buat yang terbaik untuk exam ya akhi, in sya ALlah... Allahu yubarik fik..
p/s: bila la nak dapat pegi UIA, name aje duk Malaysia, UIA tu pun tak pernah pijak.. huhu....
Amin Wa Fik,
Seronok memang seronok.TErma kasih kerana mendoakan saya.
Takper, kalau nak g UIA bagitaulah,
bolehlah tunjuk jalan :)
salam3alayk.
tertarik lagi dengan Wahabi. sebelum berlepas ke Jordan tahun lepas; abah, abang, ustaz-ustaz pesan:
jangan terpengaruh dengan Wahabi. pegang hanya dua kalimah syahadah,
insyaAllah, selamat dunia akhirat.
namun, masih tidak terasa apa2 dengan Wahabi. [lemahnya iman, astaghfirullah.] mungkin sebab di sini tidak begitu ketara. atau, saya saja yang tidak tahu.
...
bermazhab Hanafi dan berakidah maturidiah.
obviously, i have to read more about Islam because i don't even know what Maturidiah is. sigh.
...
sekadar selingan: saya masukkan link blog Hafiz Handasah di blog saya.mohon izin.
study last minute wat per ... nasib jerk allah kasi laki 9 akal ... klu ko study s'cr statik , mesti dh blh dpt dekan ... ahaha :)
kepad "devotee in Islam"
perkara ini sudah dijelaskan sejak dulu lagi oleh ulama ulama.Bahkan beribu ribu kitab telah ditulis bagi mengingatkan umat tentang bahayanya.
Alhamdulillah, bapa, abang dan guru kepada saudari pun sudah mengingatkan.
Perkara yang paling utama ialah menuntut ilmu, kalau kita masih kurang ilmu, terutamanya ilmu akidah, sukar untuk kita membezakan
mana satu yang benar dan mana satu yang batil.Insya Allah, saya akan tulis sedikit tentang ini pada masa akan datang :)
Tentang maturidiah tu, sebenarnya ialah mereka yang belajar dan mengamalkan sifat 20.Manakala sesiapa yang belajar sifat 13 dikatakan bermanhaj Asya`riah.
Hanya sedikit khilaf antara imam Abu Hasan Asyari dan Imam Abu Mansur Al maturidi dalam sifat Allah, iaitu dalam sifat ma`nawiah.Perbahasannya mendalam, eloklah sampai ini sahaja dulu. Kedua duanya benar dan berlandaskan Al Quran dan Sunnah.Tidak ada masalah.
Dan inilah akidah ahli sunnahwaljamaah yang disepakati ulama :)
Terima kasih kerana link kan ke blog ini,
Allah Yusahallak
Wassalam
kepada Ghost Mar
biasanya budak laki ni memang study last minute, ada yang teruk lagi, hari tu exam hari tu baru nak selak buku, (takleh la macam ni)
NAk dapat dean list?
Mudah mudahan, :)
Saya banyak komitmen ,
jadi agak sukar juga ,
semoga saudara juga berjaya dunia dan Akhirat ,
BArakallahu fiki :)
salam teman.. ilmiah kan blog.. islam amanina.. JOM. udah add blog ku? cpt!
ok akan di addkan :)
quoted by saudara Hafiz:
....Insya Allah, saya akan tulis sedikit tentang ini pada masa akan datang
___
sangat menghargai. i'll be patiently waiting for that, insyaALLAH.
InSya Allah :)
Post a Comment