Assalamualaikum,
Kerapkali,kita selalu dihidangkan berita tentang ajaran sesat yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini, gejala ini semakin membimbangkan kerana ianya melibatkan bukan sahaja masyarakat biasa,malahan golongan professional malahan ustaz juga terlibat dalam gejala ini.
Contoh ajaran sesat seperti ajaran ayah pin ,Rasul Kahar,Bahai ,Qadiani,Wahabi, Syiah dan sebagainya kini bertebaran dengan luas.Kita dikejutkan tentang jumlah pengikut ajaran sesat Qadiani di Indonesia yang menjejaki nilai 100000 orang!
,Nauzubillah, apa nak jadi ye.Mereka yang terpengaruh ini bukan dari calang calang orang.Pada awalnya mereka ikhlas ingin mencari agama tetapi telah pergi kepada tempat yang salah.Contohnya seperti apa yang berlaku di Institut pengajian tinggi , kulliyah dan ceramah golongan sesat kerapkali diadakan untuk menarik minat serta mempengaruhi pelajar pelajar.Saya ambil contoh di UIAM sahaja gerakan Wahabi sering mengadakan kuliyah secara haram ,mengumpan pelajar pelajar yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan seterusnya mengajar mereka akidah sesat wahabi yang menjisimkan Allah.Nauzubillah.
Sebab itu pentingnya kita mempelajari dan mengukuhkan akidah kita sejak awal lagi bagi mengelakkan kita terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.Aqidah adalah pokok pangkal bagi amalan umat ISlam untuk diterima Allah,jika akidah rosak bagaimana amalan kita hendak diterima oleh Allah? Saya ambil contoh disini, ada seorang student ini, solat ,puasa ,zakat semuanya cukup, tetapi bila ditanya tentang Allah, dia menetapkan tempat bagi Allah dan membayangkan rupa Allah adalah seperti rupa manusia itu sendiri.Subhanallah,maha suci Allah dari bersifat demikian!!.Jika anda sebahagian dari mereka yang saya sebutkan tadi,bertaubatlah kerana anda telah mentasybihkan Allah dengan makhluk,dan jangan lupa iman kita terbatal dan perlu mengucap semula Syahadatain.
Sungguh hebat cabaran umat Islam zaman ini,terlalu banyak musuh yang muncul dari dalam .Sebab itulah umat NAbi Muhammad sungguh istimewa kerana ganjaran atas setiap apa yang mereka lakukan itu sangat besar.Marilah kita berjuang menegakkan akidah Islam yang sebenar .Pelajarilah Ilmu Akidah ,kerana sebaik baik ilmu adalah ilmu akidah.Belajarlah dengan ulama yang bersanad,paling tidakpun belajarlah dengan mereka yang bertauliah.dewasa ini semakin ramai mereka yang mendabik dada seakan akan dialah yang palim alim,sedangkan dia jahil dalam ilmu agama ,tetapi dalam masa yang sama cuba menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Islam.
Berhati hati kerana musuh musuh musuh islam ini datang dengan pelabagai cara.Biasanya mereka akan datang dengan berimejkan Islam dengan berjubah,berkopiah,berjanggut,dan sebagainya,tetapi bila diselidiki mereka ini cuba menyebarkan ajaran yang menyerupai ajaran Yahudi,Nauzubillah.Atas kesedaran ini marilah kita sama sama menuntut ilmu berjuang menegakan akidah,InsyaAllah Allah akan menolong mereka yang ikhlas.
WallahuA`lam...
4 komentar:
salam,wahabi sesat?jakim pun dah keluarkan kenyataan wahabi x sesat,agaknya siapa yg kata sesat?:)
Wasalam.Walaupun JAKIM tak keluarkan kenyataan lagi, tapi kita perlu tahu mereka telah bermesyaurat sebnayk lebih dari 6 kali tentang ini dan masih belum muktamad lagi.KEsimpulan terakhir yang dibuat dalam mesyuarat tersbut ialah fahaman WAHABI tidak harus disebarkan dan terpulang kepada kerajaan negeri untuk memutuskan mengenai perkara ini. Kita dapat melihat di Johor, Pahang, Terengganu Selangor dan beberapa negri lain yang mengeluarkan fatwa bahawa WAHABI diharamkan dan sesiapa yang menybearkannya boleh didakwa.Jangan lupa chck balik fatwa mufti johor Alhaddad yang menyifatkan WAHABI adalah khawarij dan mirip Yahudi untuk memecahbelahkan Masyarakat.
Terlalu banyak fatwa Ulama yang menentang fahaman wahabi ini,beribu ribu ulama malahan beribu kitab telah dikarang bagi menjelaskan bahaya agama Wahabi ini.Cuma sadari perlu lah berusaha sendiri mencarinya.Saya bagi contoh ,pada zaman Ibn Taymiyah ( panutan wahabi) beliau telah dihukumkan sesat oleh 4 orang mufti , dan ulama seperti ibn hajar haitami dan imam as subki juga mengkafirkan ibn taymiyah kerana berakidah mujassimah.
Perlu diingatkan bahawa , Islam liberal, sister in islam dan lain lain juga belum difatwakan sesat oleh JAkim juga.Belum difatwakan sesat bukan bermakna tidak sesat.KAlau menggunakan hujah tersebut,maka puak islam liberal dan sister in islam juga boleh menggunakan hujah tersebut.
Saya harap jawapan saya ini memuaskan hati saudari :)
salam.
i've heard about Wahabi few years back. but, i didnt really pay much attention about it. btw,thanks for the info. i really have to work harder in becoming a better 3abid of Allah.
keep on writing beneficial articles for the ummah of Muhammad.
..
salam ziarah dari Jordan.do visit my blog at anytime, with God's will.mohon tunjuk ajar dan teguran dari yg lebih arif.
...
thanks for your du`a on me,
Insya Allah, Allah will always help his slaves who do the da`wah.
Insya Allah, I`ll always make visit to your blog and leave some comments.
Alla yubarik fik :)
Post a Comment