Sudah lama tak menulis ,kali nak gatal pulak tangan nak menulis.Cerita pasal teknologi pulak ye.

Tahukah anda apa itu superkonduktor?Super konduktor ialah suatu bahan yang mempunyai rintangan elektrik sifar (zero resistance) pada suhu yang tertentu.Biasanya superkonduktor ini akan disejukkan sehingga suhu -200 darjah celcius. Ianya adalah satu bahan yang berteknologi tinggi dan akan menjadi kegunaan utama manusia di masa hadapan.

Apakah yang menarik tentang superkonduktor ini?Banyak.Anda perlu tahu bahawa superkonduktor akan terapung diatas magnet dan tidak akan menyentuh magnet tersebut.Seolah olah seperti tiada graviti. Ia nya juga tidak akan lari dari landasan .Menarik kan? Jom tengok video tentang superkonduktor di bawah ini.



Pelik,,perhatikan bagaimana superkonduktor yang disejukkan di bawah magnet yang terapung tersebut.Subhanallah ,sungguh hebat ciptaan Allah.BAnyak lagi yang kita tidak tahu.Ilmu Allah sangat luas. Kajian demi kajian telah dilakukan bagi memajukan lagi penyelidikan tentang superkonduktor ini.Beberapa bahan telah dikenal pasti sebagai superkonduktor dan mari kita lihat pula model kereta api yang dibuat menggunakan super konduktor dibawah .



Wah!!! Lihat bagaimana keretapi mainan tersebut terapung tanpa sebarang sokongan!Lihat juga bagaimana kereta api tersebut berkeupayaan mengingati laluan yang disediakan! Tidak mustahil di masa akan datang kereta api MAGLEV ( levitasi magnetik) boleh dibuat di keliling bangunan dan inya seolah olah terapung di udara .Subhanallah, itulah antara keajaiban ciptaan Allah.



Buat pengetahuan sahabat semua di masa ini, negara seperti Jepun dan Perancis sudah menjadi perintis dalam teknologi kereta api MAGLEV.Kelajuan kereta api MAGLEV ini ialah sesuatu yang di luar jangkaan kita.Buat masa ini kereta apai MAGLEV yang sudah boleh dinaiki manusia telah menjejaki kelajuan 581km sejam !! Ini lebih laju daripada kapal terbang komersial yang hanya berkelajuan 440km sejam sahaja.Wahh.
lihat video di bawah bagaimana keretapi maglev tersebut di Jepun.





Menarik kan ? bagaimana benda tersebut berfungsi. Buat pengetahuan sahabt sekalian, itu bukanlah Maglev yang terpantas.Buat masa ini MAGLEV yang sedang diuji berkelajuan hampir 1000 KM sejam !!! Ini sama seperti kelajuan sebuah jet pejuang !!Tetapi kenderaan tersebut masih diuji dan memakan kos yang sangat tinggi.MAri kita bayangkan
apa yang akan terjadi di masa hadapan.Sama sama kita lihat .