Minggu ni mulalah mood bertukar, minggu depan sudah final exam, saya hanya ambil 3 paper sahaja.Baru hari ni nak start study.Hari ini hari jumaat, takde kelas. Dalam khutbah jumaat hari ini , khutbah disampaikan oleh seorang imam besar dari China yang agak terkenal di negeri China, Syekh OmarAl Sinni namanya. Terkejut juga, inilah first time khutbah kat UIA ni dalam bahasa Cina, biasanya dalam bahasa melayu, inggeris , atau arab sejak masuk UIA.

Habis je solat jumaat , saya sempat bertemu dengan mereka ini, kemudian kami diajak makan makan di kafe Al siddiq, mereka memang ramah.Dalam ramai ramai tu sorang je yang tahu bahasa inggeris, manakala yang lain hanya boleh berkomunikasi dengan kami dalam bahasa arab dan mereka amat menyukai bahasa Arab berbanding bahasa mereka.Banyak yang dibincangkan, terutamanya tentang akidah Islam ,keadaan di China dan juga isu semasa.Sepanjang perbualan bersama mereka timbul isu hangat berkaitan gerakan wahabi diChina dan saya kagum dengan ketrampilan imam-imam yang dihantar kursus ke UIA .Ini kerana pegangan akidah mereka jelas dan utuh , setahu saya kebanyakan umat China bermazhab hanafi dan berakidah Maturidiah.Semua imam China yang dihantar bermanhaj MAturidiah .Alhamdulillah jumpa gak geng ahl sunnah :) .

Tapi apa yang saya terkejut, mereka telah mengingatkan kami tentang gerakan wahabi yang amat bahaya dan mereka juga mengakui bahawa wahabi ialah punca sebenar keporak perandaan masyarakat Islam di china walaupun wahabi adalah minoriti.Syekh Omar Al Sinni merangkap timbalan Mudir Maahad menegaskan bahawa gerakan ini bukanlah berakidah Islam kerana katanya wahabi ini golongan yang beriktiqad "Allah Duduk Atas Langit"
Manakala Imam Ishaq dan Imam Harun menunjukkan mimik muka menunjukkan mereka amat benci fahaman wahabi.Pada pengamatan saya ,golongan wahabi ini sebenarnya bukanlah kuat mana pengaruhnya, tetapi penting bagi kita mencantasnya dari berleluasa.


Siapa sangka, mereka hari itu membelanja kami makan dan juga mengajar menggunakan chopstick.Hehe, kelakar pun ada bila practice tak jadi, baru nak masuk mulut dah jatuh balik hehe.

Orang lain makan makan Uighur, saya lak makan nasi beriani, hehe.Paling menarik di UIA ialah macam macam makan ada disini. Sebut sahaja makan apa,arab, bosnia,maghribi, western,bangla? semua ada .Sangat murah, mana nak cari chicken chop harga RM4.00 ?Kuftah cuma RM 3 , setiap kali balik kampung mesti rasa rindu makan kat uia.Kat sini saya jarang makan nasi kerana terlalu banyak variety makanan.Cuma lalu dengan tak je sebab kadang kadang pelik.

Kali ni saya tulis nak hilangkan rasa bosan sahaja, lepas ni mungkin saya akan banyakkan artikel ilmiah.Dalam kepala sekarang risau..exam...exam....
doakan kejayaan saya ye :)