Nik Aziz sudah terlalu takbur
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
__________________________________________________________________Ulasan saya:
Masih ramai di luar sana yang masih tidak mahu percaya bahawa Nik Abd Aziz Nik Mat membawa pengaruh wahabi. Tidak dinafikan juga ramai di kalangan alim ulama yang sudah arif mengenai kewahabian Nik Abd Aziz. Kini tok-tok guru pondok pula bangun mentahzir masyarakat tentang bahaya yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz ini. Usah menuduh mereka sebagai UMNO, mereka tiada kaitan langsung dalam hal politik . Hanya mereka yang bertuhankan politik sahaja dengan mudah menuduh orang yang menentang mereka sebagai UMNO dan banyak lagi gelaran. Amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan tak kira kita didalam pertubuhan apa pun tak kira UMNO atau PAS.
Saya malas nak menulis bab politik disini. Mari kita tumpukan kepada hal yang lebih penting iaitu perkara akidah. Kenapa kami mengatakan Nik Abd Aziz menyerupai wahabi ? Persoalan ini memerlukan huraian yang panjang dan tidak dapat tidak mesti di huraikan secara teliti untuk mengelak dari salah faham masyarakat terhadap bahaya agama wahabi ini. Saya ingin menyenaraikan sebahagian dari kesalahan Nik Abd Aziz
- Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
- Mengatakan Allah turun pada langit bumi
- Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'
- Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung
- Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian
- Menghina institusi pondok
- Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir
- Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka
- dan banyak lagi....
Cukuplah jika saya senaraikan sebahagian sahaja seperti diatas. Kanak kanak yang baru belajar fadu ain pun tahu ianya salah. Ianya menjadi satu alasan yang kukuh mengapa kami menentang Nik Abd Aziz Nik Mat habis habisan. Nik Abd Aziz bukan seorang ulama dan jauh sekali sebagai seorang wali. Orang seperti inilah yang membawa bala bencana dalam masyarakat Islam. Justeru , tidak ada lagi alasan bagi mereka yang ingin mempertahankan kesalahan yang dibawa oleh Nik Abd Aziz. Jauhi taksub kerana taksub hanya akan membuatkan kita jauh dari kebenaran. Bukalah mata , bukalah hati. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
7 komentar:
Assalamu'alaikum,
Sebenarnya memang kalau dikaji dan diteliti pendapat Ustaz Nik Aziz Nik Mat ini membawa pendapat kaum muda (wahabi,"salafi" dan SEBAHAGIAN deobandi,bukan kesemua deobandi,harap fokus perkataan SEBAHAGIAN itu supaya tidaklah terjadi proses memukul-ratakan semuanya).Ini boleh kita telusuri dari cenderungnya beberapa halaqah pengajian di Kelantan pada waktu dahulu terhadap Tok Khurasan (pernah belajar di Deobandi dan tiba di Kelantan pada tahun 1911/1912 anggaran usia dlm lingkungan 37 tahun).Maklumat mengenai Tok Khurasan ini boleh didapati di dalam buku TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU jilid (1) terbitan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yg diselenggarakan oleh Ismail Che Daud pada halaman 435.Kita perlu buat kajian MENDALAM mengenai bagaimana Ustaz Nik Abdul Aziz ini boleh cenderung ke arah metod (cara) "Salafi",Wahabi dan SEBAHAGIAN pecahan Deobandi ini.Ini kerana kecenderungannya itu berkait rapat dengan doktrin yg berakar-umbi di Deobandi kerana Ustaz Nik Abdul Aziz ini mmg diketahui belajar di sana (Darul Ulum,Deobandi),walaupun selepasnya itu beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda (bachelor degree) dan Ijazah Sarjana (Master) di Al-Azhar Ash-Sharif,Mesir dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Shari'ah.Perlu ditelusuri permasalahan di Deobandi kerana Deobandi itu sendiri pun ada bermacam ragamnya walaupun atas nama yg sama iaitu Deobandi.Bagaimana tokoh ulama Kelantan seperti Sahibus Samahah Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari (bekas mufti Kelantan) yg diketahui pernah berguru dgn Tok Khurasan mengikut penerangan buku Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu tersebut masih mampu mengekalkan cara kaum tua.Keutamaan mesti diberi atas nama ini iaitu Tuan Guru Hj. Ni'mat bin Raja Banjar. Siapakah beliau? Beliau ialah bapa Ustaz Nik Abdul Aziz yg. juga merupakan salah seorang murid Tok Khurasan.Kesemua maklumat ini perlu dicerna satu persatu dan diperinci dgn sehalus-halusnya.Caranya? Sebagai langkah awal ada beberapa forum yg. boleh dijadikan platform untuk mengetahui siapa Deobandi dan kaitannya KALAU ADA (ingat perlu dikaji,jgn terus pukul rata) dgn Wahabi dan "Salafi".Salah satunya Sunniforum.com yg. dipenuhi dgn. umat Islam berbangsa Pakistan dan utara India yg. mana melalui pengamatan saya sebahagiannya sudah berhijrah ke United Kingdom. Kebanyakan mereka bermazhab Hanafi(tetapi tidak kesemuanya bermazhab Hanafi dan berasal dr. Pakistan dan utara India,ada juga berasal dr. tempat lain dan bermazhab Shafi'i,Maliki dan sgt sedikit sekali golongan Hanabilah). Baca komen-komen mereka kerana dari situ kita akan dapat mengagak beberapa perkara yg. akan mungkin dpt. memberi beberapa clue kepada kita tentang Deobandi ini.Seterusnya lawatilah ilhamkanku.com.my yg. mana bagi saya sangat bermanfaat untuk kita mengetahui manhaj sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.Ianya diselenggarakan oleh Mohd. Zaidi Abdullah (anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah Lubok Tapah).Mungkin dari situ akan menjadi titik-tolak kpd. kita untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa blog yg lain yg mana mungkin akan dapat mengayakan lagi khazanah pengetahuan kita dan seterusnya mengetahui perjalanan seorang manusia yg. bernama Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dan penyebab kenapa beliau jadi begini pelik, menyebabkan beberapa pandangannya yg berlainan dari manhaj Shafi'iyyah (fiqh)dan Asha'irah-Maturidiyyah yg telah sebati dgn kita di Malaysia sejak dahulu lagi.Pandangan dan sumber hukum dia pun mmg. tidak sama dgn ulama' muktabar dari kalangan Shafi'iyyah (fiqh) dan Asha'irah-Maturidiyyah. Sememangnya secara peribadi walaupun dia (Ustaz Nik Abdul Aziz) mengambil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Al-Azhar Ash-Sharif,tetapi Deobandinya itu lebih kuat kerana beliau pernah belajar di Deobandi, ditambah pula sejak dari kecil sudah didedahkan dgn Deobandi.Bagaimana? Fikirkan sendiri dan telusuri sehalus-halusnya selepas mengkaji dgn sedalam-dalamnya dan seterusnya buatlah artikel yg ilmiah dan jitu. InsyaAllah
Salam, minta izin copy artikel ke blog ana.Syukran.
Salam, minta izin copy artikel ke blog ana. Syukran
asl ko nie kuno sangat ?
kalau taktau wahabi takpayah cakap pasal wahabi !!
wahabi tu fahaman
fahaman wahabi die masih sampai kepada rasullah dan Allah
sama je macam mahzab syafie
wahabi tu tak haram !
tu la kau baru blaja 1% dah nak tunjuk pandai.
ko orang melayu kuno
Boleh uktikan bahawa tok guru nik aziz mengatakan Allah duduk di arasy?
dan buktikan semua kenyataan saudara dengan kenyataan sebenar dari tok guru nik aziz.
Berhubung dengan kenyataan Allah "samseng" saudara boleh rujuk hujah dari tok guru haji hadi di youtube, semoga saudara akan cepat pandai dalam belajar bab2 agama.
Setiap jumaat ribuan rakyat kelantan hadir pada kuliah tok guru, apa yg jelas tok guru juga berpegang pada mazhab syafie.
Jika semua kenyataan tersebut adalah palsu, maka ia menjadi satu fitnah yg besar. Tanggunglah sendiri akibat!
wahabi bukan mazhab tapi satu fikrah sesat dan menyesatkan...jgn samakan dengan mazhab...mazhab tu betul bersumber dari quran dan hadis....
saya ada letakkan link tuan di artikel terbaru saya..
mohon izin.
Post a Comment