Nik Aziz perlu bertanggungjawab semarakkan perpecahan
NOMIE RAITINI RAHMAN

TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

"Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.



______________________________________________________________

Alhamdulillah, ulama-ulama pondok sememangnya sudah mengetahui kesesatan Nik Abdul Aziz sejak dahulu lagi. Nik Aziz yang berfahaman wahabi yang menjisimkan Allah serta menyamakan Allah dengan makhluk ini terbukti seorang yang amat berbahaya terutamanya dalam merosakkan akidah umat Islam serta memecahbelahkan umat Islam. Inilah hakikat dan rupa sebenar musuh Islam yang berselimut menggunakan gelaran "ulama politik". Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk memuaskan nafsu serakah mereka demi untuk mendapatkan kuasa. Hatta menggadaikan maruah agama dan bangsa, itu semuanya tidak menjadi masalah bagi mereka.

Selagi mereka taksub membabi buta kepada Nik Aziz , selagi itulah mereka semua akan terjerumus sama kedalam lembah kesesatan.Tidak hairanlah seekor iblis yang ditangkap JAIS baru baru ini menyokong penuh usaha Nik Aziz , rupa rupanya mereka satu aliran iaitu aliran ahli punah dan ranah.

Nik Aziz seorang Wali????? Nauzubillah, seorang wali takkan menghina Allah, memperleceh nabi muhammad dan bersekongkol dengan orang kafir memecahbelahkan umat Islam. Nak jadi wali nikah pun tak layak dek kerana salah akidah, inikan pula nak jadi awliya`. Banyak dah bukti yang Allah dah tunjuk kepada kita semua , gunakanlah akal dan fikiran yang waras untuk berfikir, bukannya mengikut nafsu.

Hanya Jauhari yang mengenal manikam..