Fenomena 1

Nuar(nama samaran) berkata:

"Aku suka mengkaji agama Kristian ni. Dah banyak research aku buat. Pendek kata banyak jugalah aku tahu pasal Kristian ni. Ahmad Deedat? Dia memang masyur, pelik lah bagi hang kalau tak kenal sape die. Ehh. ko tau kan Agama Islam dan Kristian banyak persamaan?

Fenomena 2

Murshidul (nama samaran) berkata:

"Agama Yahudi dan Nasrani keduanya berasal dari agama Allah yang benar"( ala za`mihi)

Ulasan:

Fenomena seperti diatas seringkali kita lihat, terutamanya di kalangan penuntut penuntut IPT .Mereka begitu bersemangat mengkaji agama lain seperti yahudi dan nasrani sehinggakan sanggup menyamakan Islam dan agama kafir lain seperti nasrani dan yahudi kononnya untuk tujuan berdakwah. Wa iya zubillah. Bila ditanya kembali kepada mereka: Apa yang kamu faham maksud La Ilaha Illallaah ,sebahagian mereka hanya membisu seribu bahasa , tidak tahu jawapannya.Subhanallaah. Apa sudah jadi ya habibi! Perkara berkaitan iktiqad perkara penting ya Akhie. Macam mana nak dakwah kat orang kafir kalau akidah Islam sendiri kita tak faham?

Ingatlah, Islam tidak boleh disamakan dengan agama kafir lain seperti buddha, hindu, yahudi, nasrani dan lain lain kerana Allah sendiri berfirman bahawa hanya Islam agama yang diredhai Allah. Perbuatan menyamakan Islam dengan agama lain adalah satu kezaliman yang nyata. Sampaikan ada yang berkata yahudi dan nasrani adalah agama Allah(3la za`mihi).Subhanallah Semua nabi membawa agama Islam bukannya agama yahudi atau nasrani. Sila rujuk semula pengertian nabi dan rasul.

Ingatlah bahawa agama seperti yahudi dan Nasrani bukanlah agama Allah.Kedua-duanya adalah agama ciptaan manusia. Tidak ada satu dalil dari Al Quran dan Hadis pun yang kata ianya agama yang diwahyukan Allah. Bahkan kedua duanya disebut dalam Al Quran sebagai musuh terbesar bagi agama Islam.

Saya bukannya menghalang seseorang dari mengkaji agama lain. Tapi eloklah kiranya kita mantapkan dahulu aqidah agama kita sendiri dengan bertalaqqi dari guru yang bersanad . Ulama pun kata ;Haram orang yang jahil berdakwah. Macam mana nak berdakwah kalau tiada ilmu.? Oleh itu marilah kita semua beramai ramai menghidupkan kembali budaya bertalaqqi kerana ianya adalah cara ulama ulama yang benar dan bukannya dengan membaca buku tanpa berguru.