aAssalamualaikum


Penat , letih , marah. Itulah yang dapat diertikan apabila melihat segolongan puak di negara kita yang bermati matian mempertahankan tokoh pujaan mereka, dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu tanpa mereka sedari .Ada yang sanggup baring ditengah jalan, ada pula yang mencerca dan memaki , malah lebih teruk lagi ada juga yang mengkafirkan sultan disini . Wa` iya zubillah. Manusia jenis apakah ini . Saya pasti penulis blog tersebut masih jahil lagi tentang hukum riddah dalam Islam.Inilah bahayanya orang yang jahil agama merosakkan agama Islam yang suci demi hawa nafsu.

Secara mudah , Riddah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, iktiqad, perbuatan, dan kata kata.Seseorang tidak boleh dihukum murtad hanya kerana menjadi ahli sesuatu persatuan contoh seperti persatuan hindu atau sebagainya. Selagi mana dia tidak melakukan perbuatan kufur seperti beriktiqad Allah bertempat, mencaci nabi , memijak Al Quran, dan yang sewaktu dengannya dengan jelas, kita tidak boleh menghukum sesuka hati. Kerana menuduh seorang mukmin (bukan jaran sesat seperti wahabi,syiah) sebagai kafir , maka kekafiran itu akan kembali kepadanya jika tuduhan itu adalah tidak benar.Saya akan menulis artikel khas untuk bab ini pada masa akan datang.

Ada pula yang memaki maki dan mencaci SS Mufti Perak kerana beliau berada di pihak sultan Perak. Lihat Babi Lebih Mulia. Buat pengetahuan pembaca , artikel itu telah diedit oleh penulis blog tersebut mungkin kerana takut. Subhanallah, inilah bahaya orang yang mempergunakan agama Islam.

Selagi pemerintah itu tidak melakukan perbuatan kufur seperti melarang bersolat, menyembah berhala atau sebagainya selagi itu kita wajib taat kepada mereka.Ini bukan omongan kosong saya.Teringat saya tentang hadis nabi tentang kewajipan taat kepada pemerintah. Pembaca boleh menilai sendiri kerana masing masing mempunyai akal yang di berikan Allah.