Lama rasanya saya tak tulis artikel kat sini.Banyak sangat benda yang nak ditulis tetapi takkan nak tulis dalam satu artikel ye,nanti jadi rojak petis campur yong tau huu ,orang malas nak baca lak.Rasanya perkara yang saya nak cerita ni paling utama dalam banyak banyak cerita lain.Insya Allah.

Berkenaan dengan nabi Muhammad SAW .Minggu lepas saya telah dijemput menghadiri satu majlis selawat keatas nabi dan majlis bertabaruk dengan rambut nabi.Terdengar sahaja perkataan rambut Nabi,saya menjadi sangat gembira dan berasa teringin sekali melihat atsar atsar dari nabi hatta sezarah sekalipun.Nabi Muhammad adalah kekasih Allah dan makhluk yang paling mulia.Oh ya ,nak cerita sedikit,orang yang menjemput saya itu ialah seorang syeikh dari Lubnan dan rambut nabi SAW juga dibawa dari Lubnan .Menurutnya rambut itu diperolehi dari seorang ulama besar di Lubnan.Alhamdulillah,sejuk hati dapat bergaul dengan mereka ini.

Sejak dari zaman sahabat lagi kita dapat melihat betapa cintanya mereka terhadap nabi SAW.Sehinggakan jejak jejak nabi juga sentiasa diikuti oleh para sahabat bagi bertabaruk dengannya.Berbalik kepada rambut tersebut,sejarahnya ialah ketika nabi Muhammad melakukan haji yang terakhir ,ketika bercukur,rambut nabi telah diagihkan kepada para sahabat untuk mereka bertabaruk dengannya.Dan ianya diwarisi oleh keturunan mereka sehinggalah hari ini ianya dijaga dengan baik.Walaupun kecil dapat juga saya mengambil gambar rambut tersebut dan disimpan sebagai kenangan.



1. Al-A'raf ayat 157 bermaksud:

"Maka orang-orang yang beriman dengannya, memuliakannya dan menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya."


2.Al-Haj ayat 32:

"Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah"

Nabi SAW merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah kerana dengan kemunculan Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah.

3.Al-Ahzab ayat 56:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya."


Dewasa ini kecintaan muda mudi terhadap nabi Muhammad semakin terhakis dek kerana ramainya yang terpengaruh dengan gejala yang buruk,bahkan golongan wahabi juga membidaahkan dan mengkafirkan orang yang menyambut maulid nabi sedangkan ianya hanyalah satu majlis untuk menzahirkan kecintaan terhadap Rasulllah SAW.JAuhilah perkara perkara yang boleh menjauhkan kita dari kecintaan terhadap nabi Muhammad SAW.Marilah kita berselawat bagi sentiasa mengingati kekasih Allah ini.Allahumma solli ala Muhammad!