Tidak boleh kita berkata2 Allah ada dimana mana kerana Allah tidak mempunyai tempat.Kita semua tahu tempat yakni ruang dan masa adalah makhluk ciptaan Alah.Maha suci Allah daripada bertempat kerana Allah tidak berhajat kepada makhluknya. Di antara ulama-ulama Ahlu Sunnah yang mendefinasikan ‘tempat’ ialah 1- Imam al Lughawi Majduddin Muhammad al Fairuz Abadi dalam kitabnya al Qamus: المكان : الموضع Maknanya: tempat adalah maudhi(tempat letak) 2-Imam Syeikh Kamaluddin Ahmad bin Hasan al Bayadhi dalam kitabnya Isyarat al Maram: المكان هو الفراغ الذي يشغله الجسم Maknanya: tempat ialah kawasan kosong yang di dalamnya dihuni jisim 3-Imam al Lughawi Abu al Qosim al Hasan bin Muhammad al Roghib al Asfahani dalam kitabnya al Mufrodat fi Gharib al Quran: المكان عند أهل السنة الموضع الحاوي للشيء Maknanya: ‘tempat’ mengikut Ahlu Sunnah ialah tempat kosong yang diletakkan di dalamnya sesuatu(makhluk) Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah. Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata: كان الله ولا مكان Maknanya: Allah ada tanpa tempat Imam al- Tohawi (wafat 329h) Salah seorang ulama salafi yang paling masyhur sekali di dunia yang hidup di zaman salaf yang mana dia juga dipegang oleh sebahagian pemimpin-pemimpin wahabi , telah mengkafirkan orang yang menyamakan Allah dengan makhluk, telah berkata: ومن وصف الله بمعنى من معاني البشر فقد كفر Maknanya: sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir. Imam Syafie sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Murtadha Zabidi dalam kitabnya Ithaf Saadatil Muttaqin jilid 2 hlm 36 telah berkata: والدليل عليه هو أنه تعالى كان ولامكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان Maknanya: Dalil untuk itu(tiada bagi Allah itu tempat) ialah Allah Ta’ala telah ada dan tempat itu tiada. Kemudian Allah mencipta tempat dan Dia masih lagi dalam keadaan sifatNya yang Azali(ada tanpa tempat) sebelum terciptanya tempat. Maksud kata-kata imam Syafie ini ialah Allah Tuhan yang Maha agung, yang tidak memerlukan kepada makhluk-Nya. Memandangkan ulama -ulama kita di Nusantara ini beraliran Asya’irah , di sini akan dinyatakan sebahagian kata-kata dua ulama yang masyhur tentang penafian ‘tempat’ kepada Allah: 1-Syeikh Daud bin Abdullah al Fattani dalam kitabnya al Jawahir al Saniyah halaman 6 telah berkata: Dan tiada Allah itu pada tempat. 2-Syeikh Abd al Samad al Palembangi dalam kitabnya Hidayah al Salikin hlm 17 telah berkata: Maha suci Allah daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat. Manakala Imam Al- Asy’ari pula telah mengatakan bahawa Allah ada tanpa bertempat di dalam kitabnya Istihsan al Khaudh fi ‘ilmil kalam: قال الله تعالى مخبرا عن خليله ابراهيم صلوات الله عليه وسلامه – فلما أفل قال لآأحب الأفلين- في قصة أفول الكوكب والشمس و القمر وتحريكها من مكان الى مكان ما دل على أن ربه عز وجل لا يجوز عليه شيء من ذلك , وأن من جاز عليه الأفول و الانتقال من مكان الى مكان فليس بإلــه. Maknanya: firman Allah Ta’ala tentang kisah kekasihNya Ibrahim ketika ia(bulan dan matahari) tenggelam, lalu dia(Ibrahim) berkata aku tidak suka benda-benda yang tenggelam, tentang kisah tenggelam bintang-bintang, matahari dan bulan serta pergerakannya dari satu tempat kepada tempat yang lain, dan ini menunjukkan bahawa tuhannya tidak harus ke atasNya sesuatu dari tersebut(tempat / perubahan), dan sesungguhnya setiap yang harus ke atasnya tenggelam atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain maka bukanlah Tuhan. Diriwayatkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya Tabyin Kazibil Muftari bahawa Imam Abi Hasan al Asy’ari telah berkata: كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج الى مكان, وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه Maknanya: Allah ada tanpa tempat,maka Dia mencipta arasy dan kursi dan tidak berhajat kepada tempat, dan Dia selepas mencipta tempat Dia tetap ada sediakala sepertimana sebelum terciptanya (tempat) Di sini akan dinyatakan pula sebahagian pengkafiran ulama ke atas mereka yang mensabitkan tempat bagi Allah: -1Imam al Mujtahid Abu Hanifah dalam kitabnya al Fiqh al Absat: وكذا من قال إنه على العرش Maknanya: dan begitu juga(jadi kafir) mereka yang mengatakan sesungguhnya Dia (Allah) di atas arasy. 2-Syeikh Ibn Hajar al Haitami dalam kitabnya al Minhaj al Qowim halaman 223: واعلم أن القرافي وغيره حكوا عن الشافعي ومالك وأحمد وأبي حنيفة زضي الله عنهم القول بكفر القائلين بالجهة و التجسيم Maknanya: dan ketahuilah bahawa al Qorofi dan selainnya telah menceritakan dariSyafie,Malik,Ahmad dan Abu Hanifah-semoga Allah meredhai mereka semua- pengkafiran ke atas orang yang menyatakan (Allah) berada pada arah atau berbentuk. 3- Syeikh Mulla Ali al Qory al Hanafi dalam kitabnya Mirqoh al mafatih: قال جمع منهم ان معتفد الجهة كافر Maknanya: Telah berkata kebanyakan mereka(ulama-ulama salaf) bahawa orang yang beriktiqad Allah berada di arah maka dia kafir. 4-Syekh Daud bin ‘Abd Allah Al-Fathani (wafat 1297h).salah seorang ulama’ nusantara dalam kitab Al-jawahir Al-saniyah.hlm 6: Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia kufurnya seperti katanya Allah Taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi. Jelas pada kita sekarang bahawa sesiapa yang mengatakan aqidah ‘Allah ada tanpa tempat’adalah aqidah yang sesat,batil atau bukan dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah maka sesungguhnya mereka telah menyesatkan sahabat-sahabat,ulama-ulama Ahlu Sunnah dan juga majoriti umat Islam. Begitu juga mereka telah mendustakan junjungan besar Nabi kita, kerana baginda juga telah menafikan tempat bagi Allah, sabda baginda berbunyi: كان الله ولم يكن شيء غيره Maknanya: Allah ada dari azali dan tiada sesuatu pun yang bersamaNya. Riwayat al Bukhari. Jadi jelas dari hadis ini jikalau Allah Ta’ala ada dari azali dan tiada sesuatu bersamanya, ini bererti bahawa tempat dan makhluk-makhluk yang lain tiada bersamaNya di azali lagi.(tidak berhajat kepada makhlukNya). |
ambil dari: roudhah.net
0 komentar:
Post a Comment