Taksub.Inilah wabak yang melanda umat Islam di negara ini. Lebih lebih lagi bila ianya melibatkan politik , haru biru jadinya. Sehinggakan perkara yang benar benar salah pun , mata jadi buta, telinga jadi pekak, mulut jadi bisu , habis di balun sebagai betul walaupun perkara kufur Nauzubillah! Sekali sekala mengenangkan hal ini, terasa amat sedih dan kesal dek kerana kejahilan manusia. Mudah sekali manusia itu tertipu dengan watak berjubah berserban seseorang.

Apabila masuk bab akidah, semua orang mahu bersuara, hatta mereka yang jahil pun berlumba lumba hendak berfatwa. Punah! Jika berbincang bab akidah , mereka yang taksub ini akan terus melarikan tajuk ke politik. Jika perkara yang dibincangkan itu tidak membawa keuntungan kepada perjuangan politik mereka , terus mereka ini melabel dengan bermacam macam jenama "AMENO", itulah yang terpacul dari mulut mereka. Mudahnya mereka berlepas tangan mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat.

"Perjuangan Islam"- inilah motto yang mereka selalu laungkan. Apabila didedahkan penyelewengan pemimpin mereka , mereka marah dan tidak mahu terima. Kata kata pemimpin mereka bak hadis nabawi, tidak boleh dipersoalkan .Datang lagi juhal berbondong bondong mentakwil kata kata tok guru mereka. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Jika seseorang itu mempunyai ilmu akidah yang kukuh, sudah semestinya mereka tahu hukum menghina Allah , hukum merendah rendahkan martabat nabi, hukum mengkafirkan umat Islam tanpa hak. Inilah wajah mereka yang bertopengkan "perjuangan Islam" kononnya.

Sebut sahaja Wahabi, Mujassim, Musyabbih, Syiah,khawarij, Muktazilah, liberalis, anti hadis, boleh dikatakan semuanya ada dalam gerakan ini. Geram. Ada mereka yang mungkin akan berkata " Alah, yang wahabi tu cuma sekerat dua je, buat apa nak tinggalkan perjuangan Islam" Soalan saya, perjuangan Islam apanya jika berakidah kufur? Bukannya ditujukan kepada pengikut, tetapi pimpinan tertinggi itu sahaja sudah dapat lihat. Sampaikan mereka ini masuk ketahap taqlid membabi buta kata-kata pemimpin mereka. Apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka adalah benar belaka walaupun perkara kufur. Ingat. Redha akan kekufuran adalah kufur! Adakah kalian semua meredhai apa yang pemimpin kalian lakukan? Kenapa kalian diamkan sahaja konon konon demi perjuangan? Tidak perlu berkokok tentang perjuangan Islam jika bab akidah pun fail .



Menyampah meluat itulah yang saya boleh tulis jika berbicara tentang mereka ini. Jika UMNO itu jahil, itu adalah kerana orang alim meninggalkan mereka. Janganlah senang2 mencerca mereka, jika mereka jahil sekalipun , bantulah mereka faham bukannya mengkafirkan mereka. sejahil jahil UMNO pun mereka ini masih mempertahankan akidah mereka, tidak seperti sebahagian mereka didalam PAS yang senang senang sahaja menggadaikan akidah mereka demi undi. Saya bukanlah ahli UMNO kerana saya sendiri banyak tidak bersetuju dengan mereka. Siapakah yang lebih utama untuk ditahzir? Jika orang nak bertanya hukum agama , adakah orang akan pergi bertanya kepada Najib? Siapa yang lebih bahaya, antara orang yang jahil dengan orang yang bertopengkan agama? Anda jawab sendiri..