Firman Allah dalam surah Asyuura ayat 11 :
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Dia (Allah) tidak menyerupai segala sesuatu dan Dia maha mendengar dan maha melihat.
Ayat لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ adalah ayat yang paling jelas didalam Al Qur`an yang menyucikan Allah dari segala penyerupaan dengan makhlukNya. 'Kaf ' pada كَمِثْلِهِ pula adalah taakid kepada nafi .Seperti kata Al Hutthob pada syarahnya :
(فالكاف مزيدة لتأكيد)
"kaf ialah tambahan kepada taakid"
Tujuannya ialah untuk menafikan apa sahaja yang tidak layak bagi Allah.
Dan firman Allah وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ pula ianya mengisbatkan apa yang layak bagi Allah seperti sifat mendengar dan melihat yang layak bagi Allah. Dalam ayat ini , diawalkan oleh Allah tanzih (penyucian) supaya tidak dibayangkan bahwa pendengaran dan penglihatan Allah sama seperti pendengaran dan penglihatan makhluk.
Dan maha suci Allah dari menyerupai jisim jisim lathif seperti cahaya , ruh , udara dan juga jisim-jisim kathif seperti pokok dan manusia. Jisim lathif ialah jisim yang tidak boleh dipegang dengan tangan manakala jisim kathif ialah jisim yang boleh dipegang dengan tangan . Kita tidak boleh mensifatkan Allah dengan sifat sifat yang tidak layak baginya kerana ianya boleh menjerumuskan kepada kekufuran. Seperti kata kata seorang ulama salaf yang terkenal Imam Abu Jaafar Atthohawi :
ومن وصف الله بمعنى من معاني البشر فقد كفر
"Sesiapa yang mensifatkan Allah dari sifat sifat manusia maka dia telah kafir.
0 komentar:
Post a Comment