SUMBER: BLOG PASVSPAS

Edisi Pertama

MANHAJ PENULIS DALAM PENULISAN

Fitnah dan tohmahan adalah sesuatu yang ditegah oleh syara’. Kesedaran akan perkara penting ini wajib ada pada mana-mana individu yang bergelar “orang yang menjaga amanah ilmiyah”. Oleh itu, penulis dengan sedaya-upaya berpegang teguh dengan manhaj yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan ikutan dalam membongkar jenayah-jenayah ilmiyah yang berlaku di dunia Islam, jauh daripada fitnah-memfitnah dan mengadakan kata-kata dusta.

Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
[1]

Allah juga Berfirman :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Yang bermaksud :

“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkannya.”
[2]

Sabda Nabi :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Yang bermaksud ;

“Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah.”[3]


SYED QUTHB DAN KEROSAKAN DUNIA ISLAM


Tidaklah menjadi keterlaluan sekiranya penulis mengatakan bahawa Syed Quthb yang merupakan ketua kepada Hizb (parti atau kelompok) yang dinamakan “Ikhwan al-Muslimin” adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri pelampau agama yang paling jelas dan terang sekali. Dia dilahirkan pada kurun yang ke-20 H. Kematiannya meninggalkan pengikut-pengikut yang taa’sub dan fanatik sehinggakan pengaruh pemikiran-pemikirannya yang berbahaya sudah meresap di dalam pelbagai organisasi di pelusuk dunia, khususnya di Negara Arab. Buku-buku karya peninggalan Syed Quthb adalah penulisan yang sangat bahaya, beracun, boleh merosakkan minda pemuda dan pemudi pada akhir zaman ini tambahan pula mereka yang masih lagi berjinak-jinak dalam mengenali Islam.

Di antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau ini ialah buku yang berjudul “Fi Dzilal Al-Quran”. Perkara yang amat mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema’ah dan penulis sendiri apa yang berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku “ Fi Dzilal Al-Quran” telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan Quthubiyah ini menjadikan buku “ Fi Dzilal Al-Quran” sebagai perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai “brainwash’ terhadap pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan tampuk pemerintahan kepada mereka.

Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan setempat, bahasa dan tabiat penduduk.

Kalau diperhatikan konsep wala’ yang pernah dilaungkan-laungkan selama ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala’ yang kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha menanam ta’asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini, bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir, Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb. Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.

Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan “Perjuangan Islam”, “Khilafah Islamiyah”, “Negara Islam”. Dari sini mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi kumpulan mereka.

Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut perintah Allah Ta’ala supaya dengan ini dapat membasmi pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat Islam dewasa ini.

Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara’.
[4] Oleh itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU ‘ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada dunia lebih daripada Agamanya sendiri.

Berkata Al Imam al ‘Alim ash-Shufi Abu ‘Ali ad-Daqqaq (Semoga Allah meredhainya) :

Yang bermaksud :

الساكت عن الحق شيطان أخرس

"Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu”[5]


WAJAH SEBENAR SYED QUTB

Kepada semua yang masih lagi taasub kepada Syed Quthb dan pemikiran-pemikirannya, kepada semua yang tersilap atau sengaja melibatkan diri dalam kumpulan atau parti yang berteraskan pemikiran Syed Qutb dan manhajnya yang punah-ranah, penulis mengajak anda semua supaya membuat kajian yang teliti bersama-bersama tanpa menaruh sebarang sikap keta’asuban supaya dapat kita mencari kebenaran dan menuju keredhaan Ilahi.



SEJARAH HITAM SYED QUTHB DAN KECENDERUNGANNYA PADA UNSUR-UNSUR KELUCAHAN

Bagi mereka yang benar-benar mengkaji sejarah Syed Quthb, mereka dengan izin Allah Ta’ala, insyaAllah akan menjumpai sejarah hitam sebenar Syed Quthb terutamanya di dalam bukunya yang diberi judul ( الإسلام مشكلة الحضارة )
[6] Syed Quthb mengakui ;


Berkata Syed Quthb :

“ Pada suatu malam aku berada di dalam sebuah gereja di negara (جريلي) di wilayah Colorado, aku sememangnya pernah menjadi anggota persatuannya [gereja], sebagaimana sebelum ini aku juga pernah menjadi anggota di dalam pelbagai persatuan gereja yang lain pada setiap tempat yang pernah aku lalui iaitu di antara Washington di sebelah timur dan California di sebelah barat yang mana kawasan ini dikira sebagai tempat penting masyarakat [setempat]. [lokasinya] amat sesuai untuk belajar atau membuat kajian dengan secara bersungguh-sungguh. [Ianya] bukanlah secara terang-terangan tetapi aku melakukan kajian [mempelajarinya] secara senyap-senyap mengenai [kehidupan] rakyat Amerika….dan selepas aku menyelesaikan TUGASKU SEBAGAI SEORANG YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGAMA kepada gereja tersebut, aku terlibat sama dengan beberapa remaja perempuan dan wanita dewasa di dalam upacara keagamaan yang merupakan ahli anggota [di gereja tersebut]. [Kemudian apabila selesai majlis], kami berjalan melalui pintu sebelah yang terus kepada tempat berjoget [pusat hiburan] yang bangunannya bersambung dengan dewan sembahyang. Pusat hiburan itu terang benderang dengan cahaya yang berwarna warni, merah dan biru dan kadang-kala disinari lampu berwarna putih. Tarian ini didendangi dengan alunan “ الجرامنون” diikuti dengan rentakan kaki-kaki dan betis-betis di dalam pusat hiburan tersebut. Manakala aku menghulurkan tangan [ untuk memegang pinggang wanita] yang hadir [dalam pusat hiburan tersebut] dan memberikan ciuman pada bibir-bibir dan pada dada-dada [mereka], suasana ketika [katanya] itu sungguh mengasyikkan”. Intaha.

Berkata Sayyid Basher Ahmad Kasymiri di dalam kitabnya yang berjudul (عبقري الإسلام سيد قطب), Cetakan Darul Al-Fadhilah sebagaimana teksnya yang bermaksud ;


Yang bermaksud ;

“ Apa yang kami perhatikan apabila Syed Qutb mencecah umur 30-an, dia telah sampai kepada suatu peringkat yang melampau batasan dalam sesetengah penulisannya, sekira-kira dia telah memperlekeh-lekehkan akhlak [akhlak yang mulia], peri kemasyarakatan dan mempertahankan [ideologi barat] keharusan bersekedudukan [lelaki dan perempuan], dia juga pernah memberi keterangan yang jelas bahawa sekiranya diwakilkan kepadanya kejadian semula makhluk ini dia tidak akan menjadikannya perkara lain melainkan [katanya dia akan menjadikan] taman-taman [yang indah] dan tempat-tempat rehlah yang boleh menghimpunkan kawan-kawan, teman-teman yang mesra, lelaki dan perempuan yang berkasih-sayang memudahkan mereka berbisik-bisikan [berfoya-foya], tidak tidur pada waktu malam dengan tiada sebarang suasana riuh-rendah dan kacau-bilau [tiada ganguan]. Perkara [terkutuk ini] merupakan perkara yang disembunyikan daripada kenalan [kawan-kawan] Syed Quthb sendiri [mereka tidak tahu hal sebenar Syed Quthb] dan begitu juga mereka yang mencintainya terutamanya [pun tidak tahu] terutamanya golongan yang dinamakan sebagai Jemaah Islamiyah itu sendiri ataupun sesetengah ada mengetahuinya [hal sebenar Syed Quthb] tetapi mereka sengaja menutup mata”. intaha.

Kenyataan ini juga adalah nukilan daripada kitab “Syed Qutb” dengan teks yang sama di samping nukilan daripada Majalah Mingguan [مجلة الأسبوع] diterbitkan pada 18 ogos 1934 M, Bilangan yang ke 37 – Adnan Muslim- Dzuhur Da’iyah, m/s 104-106.

Berkata Muhammad Hafiz Diyab di dalam kitabnya yang berjudul “سيد قطب- الخطاب والأيدولوجيا”, Cetakan Dar Attoli’ah Lil Thiba’ah Wa An-Nasyr, Beirut, m/s 66 sebagaimana teksnya ;



Yang bermaksud ;

“ Syed Quthb bukan sahaja semata-mata anak murid kepada Al-‘Aqad, bahkan dia adalah di antara pelajar-pelajarnya yang paling akrab dengannya, paling rapat [mesra] dengannya, sangat cenderung akan kesusasteraannya, pemikiran-pemikirannya, dan halatujunya sehinggakan majalah (الرسالة ) selepas kematian Ar-Rafi’e membuka lipatan sejarah baru ketika melakukan penulisan tentangnya. [Syed] Qutb adalah di antara orang yang memberi penentangan yang paling keras terhadapnya [Ar-Rafi’e] di samping mempertahankan ustaznya Al-’Aqad. Di dalam tempoh ini Syed Quthb telah mengalami [masalah] keraguan di dalam akidah dan agamanya dan ini berlarutan sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Apa yang disebut kepada An-Nadwi apabila dia menceritakan [peristiwa yang telah berlaku] kepadanya bahawa segala hubungan dengan dirinya dan [sejarah] permulaan kehidupannya yang pertama [kehidupan Islam] sudah terputus selepas perpindahannya ke Kaherah [Mesir] dan apabila dia menetap di sana, pengetahuan agamanya dan Akidah Islamnya semakin terhakis. Apabila berlalu tempoh keraguan terhadap kebenaran agama di dalam dirinya, dia sendiri mengakui perkara ini selepas dia kembali pulih [separuh pulih], dia berkata ; “ Sesungguhnya keraguan [yang aku alami] ini pernah memperdayakan fikiranku merosakkannya...dan ianya menghalang diriku daripada melihat pandangan yang asal lagi jelas [menghalang dirinya daripada melihat kebenaran]”. Intaha.


Di antara rencana-rencana hasil tulisan Syed Quthb dimuatkan di dalam majalah (الأهرام) yang bertarikh 17 march 1934, m/s 7, dia membuat seruan secara terang-terangan kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] “berbogel atau bertelanjang bulat ”. Menurut Syed Quthb, masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi semasa manusia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Ini adalah suatu bid’ah yang yang sememangnya telah tersebar pada masa Syed Qutb berada di Negara-Negara Eropah lagi. Manakala mengenai keraguan dalam persoalan dalam akidah dan agama adalah suatu perkara yang amat jelas sekali apabila ia terdapat di dalam syair-syair qasidah yang dikarang olehnya pada waktu itu.

Ini adalah pendapat Syed Quthb yang dimuatkan di dalam majalah tersebut.

Pada tahun 1948 dia telah bermusafir ke [الولاية المتحدة] iaitu Negara-Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sana dia mendapat cetusan baru, menerima tarbiyah [latihan rohani] dan menjalani proses asas-asas manhaj pemikiran. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam peristiwa ini ialah persoalan kenapa Syed Quthb datang ke sana secara mengejut dan berseorangan. Kedatangannya juga tidak pernah diiklankan oleh mana-mana media massa. Dengan ini jelas kepada kita bahawa kedatangan Syed Quthb ke [الولاية المتحدة] iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan di antara cetusan perancangan sulit Amerika walaupun ianya tidak dapat diketahui oleh Syed Quthb sendiri. sumber ini adalah daripada At-Thohir Ahmad Makki. Menurutnya, 3 buah risalah Syed Quthb yang tidak disebarkan oleh majalah (الهلال) yang bertarikh Oktober 1986, m/s 123-126.

Di dalam majalah (روز اليوسف), m/s 34, Tahun 1996 pada 29 (تموز), bilangan/3555, di bawah tajuk (سيد قطب من الإلحاد إلي القدسية والعكس) telah menerbitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan Syed Quthb antaranya ;


  • Dia mencintai salah seorang daripada 7 orang wanita yang pernah mengetuk pintu rumahnya dan dia menangis apabila wanita itu telah berkahwin.
  • Syed Quthb banyak menulis [unsur-unsur lucah] tentang wanita antaranya menyifatkan bibir wanita (والشفة الظامئة) sebagai bibir yang mendahagakan, mata wanita (العين الهاتفة) sebagai mata yang menggoda, paha wanita (والفخذ اللفاء) sebagai paha yang sempit [padat dengan daging dan kenyal], dan dada wanita (والصدر الناهد) sebagai sebagai dada yang tinggi dan menonjol.
  • Menyeru kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] “berbogel atau bertelanjang bulat ”. [Menurut Syed Quthb,] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu.
  • [Syed Quthb] menyifatkan Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang yang inginkan kemasyhuran, mencari perhatian ramai [mencari populariti]…tidak patut ambil mudah dengannya”. Intaha.

Di dalam buku yang sama, m/s 36, Syed Quthb sendiri yang mengatakan kenyataan ini. Menurutnya (السهرة) [berjaga malam untuk tujuan berbisik-bisik antara lelaki dan perempuan atau berfoya-foya yang disebut sebelum ini] adalah (اللذيذة البريئة) iaitu kelazatan tanpa batasan. Kenyataan ini ditulis olehnya sendiri pada tahun 1951. Selain itu, di dalam buku yang sama juga, dia sempat mengarang tentang (بداية الأمريكي في حياته الجنسية), lalu dia berkata ;



Yang bermakna ;

“ Wanita-wanita di Amerika sangat mengetahui tempat yang boleh mendatangkan ghairah pada jasadnya, (في العين الهاتفة) pada matanya mengasyikkan, (والشفة الظامئة) pada bibirnya mendahagakan, (الصدر الناهد) dadanya yang tinggi atau menonjol, (الردف المليء) cara duduknya yang penuh seperti menunggang, (الساق الملساء) betisnya yang lembut dan licin, dia [wanita Amerika] menonjolkan semua benda ini dan tidak menyembunyikannya. Wanita Amerika [menurut Syed Quthb] sangat-sangat mengetahui bahawa dada yang montok, rupa bentuk badannya yang menghairahkan, kedua-duanya adalah (الشفاعة)
[7] yang tidak pernah ditolak oleh semua wanita”. Intaha.

  • DARI SEORANG MARXISME & ETHIES

Setelah dilakukan kajian tentang sejarah kehidupan lelaki yang bernama Syed Quthb
[8] ini maka apa yang dapat disimpulkan bahawa Syed Quthb bukanlah seorang ulama’ Islam, bukan faqih dalam ilmu agama, bukan juga ahli hadis, bahkan apa yang nyata sekali dia adalah seorang bekas [الصحفي] sasterawan. Minatnya dengan bidang kesusasteraan[9], menyebabkan dia banyak menulis dalam beberapa majalah-majalah[10] di Mesir.

Sejarah memperakui bahawa Syed Quthb tidak pernah belajar berguru ataupun di dalam pengistilahan ulama dia tidak pernah bertalaqqi dengan mana-mana alim ulama’ pada zamannya bahkan tidak keterlampauan jika dikatakann dia tidak pernah mencium haruman pengajian ilmu agama menggunakan kaedah bertalaqqi secara bersanad sebagaimana yang diamalkan oleh ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah sejak dari zaman salaf lagi. Syed Quthb di dalam $At-Tashwir Al-Fanni Fi Al-Quran
[11] (Gambaran Keindahan Dalam Al Quran) ; memberi pengakuan secara terang-terangan kerjayanya sebagai sasterawan dan dia sendiri mengakui pernah beraliran marxisme [Mulhid ][12] .

Syed Quthb pernah mengalami penyakit berbahaya dalam hidupnya iaitu keraguan dalam aqidah dan agamanya dan ianya berterusan sehingga beberapa tahun lamanya. Antara pengakuan yang pernah dibuat seperti dia sendiri mengakui tentang dirinya ;

وكنت قبل ذلك إحدى عشرة سنة ملحدا

Yang bermaksud :

“ Dan aku sebelum itu [berhubung dengan cerita sebelumnya] pernah menjadi seorang Mulhid selama11 tahun”. Intaha.

Perkara ini terbukti apabila ianya memang terdapat di dalam bukunya sendiri. Ianya ditulis sebelum menerima hukuman gantung daripada Kerajaan Mesir. Buku ini berjudul; (لماذا أعدموني) [ Kenapa Aku Dibunuh]. Selain itu juga kenyataan yang membuktikan dirinya pernah beraqidah (الإلحاد) disebut di dalam bukunya yang berjudul (معالم في الطريق). Oleh kerana perkara yang sama juga banyak diulang-ulang dalam penulisannya, Seorang tokoh semasa yang bernama An-Nadwi bangkit menghentam dan mengaibkannya disebabkan perkara terkutuk itu. Dalam masa yang sama, kenyataan ini juga di sebut di dalam majalah yang diberi nama (مجلة التقوى), majalah (مجلة روز اليوسف) dan selainnya.

Maka jelaslah di sini bahawa Syed Quthb sememangnya tidak tersenarai langsung daripada senarai alim ulama’, bukan juga faqih atau ahli tafsir, bukan ahli hadis bukan juga alim dalam bidang Nahu, hatta bukan daripada ulama-ulama’ Akidah Islam. Tetapi berdasarkan kajian ulama’, Syed Quthb adalah penulis riwayat-riwayat cerita dan kisah-kisah lucah yang mengghairahkan. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ulama’ ini silalah kaji bukunya (أشواك قطب). Tapi yang anehnya kenapa ada mereka yang masih lagi ta’asub dengan Syed Quthb ini dan ragu-ragu malah mendewa-dewakannya sedangkan dia mempunyai seorang yang berkeperibadian terkutuk dan mengaibkan?


  • SYED QUTB SEBENARNYA ADALAH MASUNI [PENENTANG AGAMA ISLAM]

Syeikh Muhamad Al-Ghazali merupakan di antara anggota tertinggi dalam Hizbul Ikhwan yang asal, beliau pernah menjadi teman rapat Imam Syeikh Hasan Al-Banna ketika hayat beliau, selain itu beliau juga sangat mengenali Hasan Al-Hudhaibi dan Syed Quthb dengan baik sekali. Di dalam kitab karya penulisannya seperti (من ملائح الحق), m/s 223, menjelaskan fenomena sebenar yang berlaku selepas kewafatan Imam Asy-Syahid Syeikh Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya. Selain itu, beliau membongkar jenayah golongan Al-Masuniyahlah
[13] [golongan yang memerangi agama Islam] sebenarnya yang telah melantik Syed Quthb ketua bagi kumpulan atau Hizb Al-Ihwan ini. Mereka mengatakan golongan mereka ;

ادخلوا فيهم لتفسدوهم

Yang bermaksud ;

“ Pergilah kalian masuk ke dalam jema’ah mereka agar dapat memusnahkan mereka semua”.

Di dalam kitab yang sama, menurut beliau Imam Syeikh Hasan Al-Banna - semoga Allah merahmatinya – sudah terlebih dahulu memberitahu jema’ahnya [Ikhwan Al-Muslimin] telah berpecah kepada beberapa kumpulan, ada yang benar-benar sudah menyeleweng, mereka telah menumpahkan darah, membunuh, mengkafirkan masyarakat Islam yang tidak bersalah, lalu Imam Syeikh Hasan Al-Banna mengatakan Syed Quthb dan kelompok-kelompaknya sebagaimana tertera di dalam kitab Syeikh Muhamad Al-Ghazali berikut ;





وقد قال حسن البنا فيهم – قبل أن يموت- إنهم ليسوا إخوانا وليسوا مسلمون

Yang bermaksud ;

“ Telah berkata Imam Hasan Al-Banna mengenai mereka [Syed Quthb dan pendokong-pendokongnya]- sebelum kewafatan beliau- bahawa mereka bukanlah tergolong daripada Ikhwan [al-muslimun] dan bukan juga beragama Islam.Intaha.

  • SYED QUTHB BUKAN LELAKI YANG MAKSUM[14]

Kepada kumpulan Syed Quthb – yang bersembunyi di sebalik nama Hizb Al-Ikhwan atau kadangkala dinamakan sebagai “Jama’ah Al-Islamiyah”, Kepada semua kelompok dan kumpulan, kepada setiap individu lahir yang dari institut pendidikan Syed Quthb, Kami Ahlus Sunah Wal Jama’ah mengatakan :

“ Sekiranya kamu mengiktiraf Syed Quthb adalah bukan [seperti] Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan juga kamu mengiktiraf dia bukan dari para malaikat Allah, maka natijahnya dia bukanlah seorang yang maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan noda. Tetapi yang anehnya kenapa kenapa kamu masih lagi ta’asub dengan pemikiran-pemikirannya, pendapat-pendapatnya, manhaj hitamnya yang punah-ranah, pentakfir, selain itu juga dia juga pernah berulang-ulang kali menghalalkan darah orang Muslim?

Buku-bukunya yang tersebar hari ini menjadi saksi bahawa Syed Quthb merupakan seorang yang jahil dalam semua bidang dan ilmu keagamaan. Dia adalah seorang Musyabbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), Mujassim (mengatakan Allah berjisim), mendustakan ayat-ayat Al-Quran, dan beberapa kali dalam hidupnya mencela dan menghina para anbiya’. Dia mempunyai penyelewengan dan kesalahan yang tidak terhingga untuk dihitung dengan jari-jemari, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Adakah tidak ada perasan belas kasihan di dalam hati kalian apabila melaksanakan pemikiran Syed Quthb dan meniru fikrah takfirnya, menghalalkan darah semua manusia di kalangan para penguasa Islam, rakyatnya, tuan-tuan guru yang mengajar agama [المشايخ], lelaki dan wanita, para tukang azan di seluruh pelusuk bumi, para petani, para penoreh getah, mereka yang bersolat di masjid-masjid, kanak-kanak yang tidak bersalah, remaja-remaja lelaki dan perempuan, para doktor, arkitek, dan semua pekerja buruh dan kakitangan kerajaan??!!

Hari ini, sejarah telah memperlihatkan kepada kami bagaimana golongan kalian menumpahkan darah Umat Islam di Syiria, Lubnan, Palestin, Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi. Negara yang aman dan berdaulat kalian porak-perandakan, kalian bunuh hamba-hamba Allah yang tidak bersalah, manhaj pemikiran kalian sekira-kira menghalalkan segala-galanya ini membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, fitnah pada agama, bala’, kerosakan, kemusnahan, dan membawa kepada kehancuran yang besar. Wahai pengikut Syed Quthb! Keluarlah daripada manhaj Al-Khawarij ini, kembalilah kepada kepada manhaj Ahlus-sunah wal-jamaah yang suci, murni dan dijamin kesahihan dan kebenarannya.

  • IMAM AS-SYEIKH HASAN AL-BANNA –SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA- MENTAHZIR UMAT ISLAM DARIPADA SYED QUTHB.

Antara perkara yang paling menonjol untuk diutarakan di sini sebagai membuktikan Syed Quthb tidak berada dalam landasan Ahlus Sunah Wal-Jama’ah, bukan juga pengikut Imam Hasan Al-Banna iaitu pengakuan Imam Hasan Al-Banna sendiri yang mengatakan dirinya sendiri berlepas daripada Syed Quthb, kumpulannya dan pendapat-pendapat mereka sebagaimana yang telah diterbitkan oleh majalah (مجلة روز اليوسف), bertarikh 29/7/1996, bilangan 3555, m/s 36.

“ Pada peringkat ini, Syed Quthb menyeru umat Islam kembali kepada fikrah “ berbogel dan bertelanjang bulat”. Berdasarkan periwayatan Mahmud Abdul Halim yang telah menulis sebuah kitab yang berjudul (تاريخ الإخوان المسلمين ), beliau mengatakan Syed Quthb merupakan “Imam Takfir” [إمام التكفير], dia merupakan semangat dan bapak kepada kumpulan pemberontak atau kerosakan [الأب الروحي لجماعات العنف] yang menyeru supaya kembali kepada fikrah “ berbogel dan bertelanjang bulat”. [Menurut Syed Quthb] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Apabila dia Mahmud Abdul Halim ingin menulis kitab membangkangnya, Syed Quthb sendiri menegahnya dan memberi amaran keras.

Mahmud Abdul Halim berkata kepada Syed Quthb ; “Sesungguhnya Syed Quthb adalah pemuda yang terpengaruh dengan suasana barat, inilah antara faktor besar kenapa dia boleh berfikiran [lucah] sebegini, sebenarnya tujuan dia menulis rencana-rencana bukan sekadar penulisan karangan biasa bahkan ia melambangkan keimanannya yang di yakini selama ini di samping ia merupakan suatu percubaan untuk mendapat kemasyhuran”.Intaha

  • ABU AL-FATTAH ABU GHUDDAH, PENGERUSI HIZBUL IKHWAN DI SYIRIA MENGKAFIRKAN SYED QUTHB


Di antara bukti kukuh memperkuatkan hujah penulis mengatakan bahawa jema’ah Hizb Al-Ikhwan mengkafirkan di antara satu sama lain sebagaimana yang telah tercatat di dalam (مجلة الأمة), diterbitkan pada Jamadil Awwal 1405 H, yang merupakan tulisan Abu al-Fattah Abu Ghuddah sendiri. Tulisan ini bertajuk (تعبيرات خاطئة)m/s 14-16 ;

أن سيد قطب سمى الله بالعقل المدبر، ولا يجور إطلاق العقل على الله، فالله جل شأنه منزه عن الوصف بمثل هذا، وهذه العبارات وأمثالها تكررت في كتاب في ظلال القرءان كثيرا كثيرا، ويقول أبو الفتاح أبو غدة : إن هذا لا يفيد التبجيل ولا التعظيم في حق الله بل يوهم النقص والشبه بالمخلوقات، ويقول : وهذا خطأ فاحش شديد وأن معتقده يخرج من الإسلام.أهـ

Yang bermaksud ;

“ Sesungguhnya Syed Quthb telah menamakan Allah sebagai (العقل المدبر) [katanya Allah adalah akal yang mentadbir], padahal tidak harus mengatakan atau mensifatkan Allah sebagai akal. Allah Ta’ala Yang Maha Agung, Maha Suci daripada perkara yang demikian itu. Ibarat sebegini dan seumpamanya sering kali berulang-ulang di dalam bukunya (في ظلال القرءان) dengan [ibarat] yang teramat banyak. Abu al-Fattah Abu Ghuddah telah berkata : “ [ibarat] ini tidak akan membawa kepada kebesaran dan keagungan pada Allah Ta’ala bahkan memberi keraguan [Allah TA’ala] mempunyai kekurangan dan sama dengan makhluk. Dan lagi dia berkata ; “ [ ibarat] yang salah ini adalah suatu kesalahan yang teramat buruk dan orang yang beri’tiqod sedemikian rupa keluar daripada Islam.” Intaha.

GURU-GURU AGAMA DI MESIR MEMINTA UMAT ISLAM BERWASPADA DENGAN SYED QUTHB

As-syeikh Abu al-Khair al-Mishri merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar menyedari bahawa pemikiran Syed Quthb adalah berbahaya kepada masyaraka Islam secara keseluruhannya. Beliau pernah mengatakan ;

إن سيد قطب لازمته يوما كاملا وكنت أقوم إلى الصلاة وهو لا يصلي فأقول له الصلاة يا سيد، فيقول أنا مشغول بالكتابة.

“ Sesungguhnya aku pernah bersama-sama dengan Syed Quthb sehari penuh, aku telah bangun berdiri untuk melakukan sembahyang manakala dia pula tidak bersembahyang, lalu aku berkata kepadanya ; “ Mari sembahyang wahai Syed! Jawabnya ; aku [sekarang] sibuk dengan penulisan[ku].” Intaha.

Selain beliau, ramai lagi alim ulama’ yang mentahzir umat Islam daripada Syed Quthb. Pernah ada satu rombongan daripada Al-Azhar ke Lubnan, antara yang ikut serta dalam rombongan itu ialah Syeikh ‘Ayyih. Beliau berkata ;

وقال عنه : إنه جاهل ، وقد شهد عليه عدد كبير من مشايخ مصر الذين يعرفونه بالجهل وأنه كان ملحدا

Maknanya ;

“ dia (Syed Quthb) adalah seorang yang jahil, perkara ini sememangnya disaksikan oleh ramai tuan-tuan guru agama [المشايخ] di Mesir yang betul-betul mengenali kejahilannya, dan juga dia merupakan seorang ethies [ملحد]”. Intaha.

  • IMAM HASAN AL-BANNA BER’AQIDAH ASYA’IROH

Imam Hasan Al-Banna adalah tokoh yang agung dalam perjuangan Islam. Demi menjaga masyarakat Islam daripada teraniaya oleh penjajah Inggeris beliau telah membina suatu pasukan rahsia yang kuat bagi melahirkan kader-kader jemaah yang berkualiti bagi membenteras penganiayaan Inggeris pada Umat Islam.

Manhaj beliau cukup jelas, masyhur dengan bermethodologikan manhaj Abu Hasan Al-Asy’ary. Oleh kerana itulah kita dapati hari ini ada di kalangan wahhabiyah mengarang kitab menghentam manhaj Imam Abu Hasan Al-Banna.

Berkata Imam Abu Hasan Al-Banna Di Dalam Kitabnya Al-‘Aqoid Al-Islamiyah ;

يقول حسن البنّا في كتاب العقائد الإسلامية:
"السلفُ والخلفُ ليس بينهم خلافٌ على أنه لا يجوز حملُ ءاية الاستواء على المعنى المتبادر.اهـ


Yang bermaksud ;

“Golongan salaf dan khalaf tiada khilaf [bersepakat] di antara mereka bahawa tidak harus menjadikan Ayat Istawa dengan makna secara zhahir [الجلوس]”.Intaha

TERLIBAT DENGAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN (GOLONGAN QUTHUBIYAH)

Kemudian keterlibatan Syed Quthb di dalam kelompok Al-Ikhwan Al-Muslimin menjadikannya terkenal terutamanya apabila dia telah mengukir nama di dalam gerakan itu dan pernah menjadi salah seorang tokoh yang terkemuka dalam menggerakkan Ikhwan al-Muslimin. Di sini bermula kesesatannya apabila dia menulis makalah, kitab dan sebagainya yang mana penulisannya itu telah menjadikan dirinya tergelincir daripada kebenaran dan menyesatkan Umat Islam.

Sekiranya karya-karya Syed Quthb ini dikaji selidik dan dibaca oleh mereka yang alim daripada Ahlul Fahm Wat At-Tamyiz
[15] ternyata akan terbongkar dari buku-buku tersebut fatwa-fatwa yang sesat yang bertentangan dengan syari’at Allah yang akhirnya melambangkan kedangkalan dan kebodohan penulisannya.

Syed Quthb juga amat kagum dan tertarik dengan dengan pemikiran Abul A'la Maududi pengasas Jama’ah Islamiyah di Pakistan terutamanya pemikiran Abul A'la Maududi yang radikal dan keras dalam mengkafirkan orang yang tidak melaksanakan hukum wadh’i walaupun mereka tidak membantah atau tidak menginkari hukum syari’ah Allah.

  • KEGANASAN GOLONGAN IKHWAN

Hizb Al-Ikhwan hari ini adalah di antara golongan yang paling bahaya selain wahhabiyah. Kewujudan golongan ini dalam masyarakat boleh membawa huru-hara yang tidak berkesudahan dan boleh meresahkan Umat Islam. Mereka tanpa ada perasaan malu dan segan silu menamakan jema’ah mereka sebagai jema’ah yang inginkan pembaharuan dan islah dimsamping melaung-laungkan nama Islam ke sana ke mari. Hizb Ikhwan hasil gubahan Syed Quthb ini membawakan manhaj atau metodologi yang baru sekira-kira mereka mengira diri mereka sahaja beragama Islam dan selain daripada manhaj mereka adalah KUFFAR. Selain itu juga, Hizb Ikhwan menganggap masyarakat Islam hari ini merupakan masyarakat jahiliyah yang kafir [keluar daripada Islam] kerana mereka memakai hukum kanun biasa dan tidak mempraktikkan hukum syar’iah.

Pengkafiran Hizb Ikhwan ini merangkumi semua penguasa- penguasa di seluruh alam sehingga mengkafirkan penguasa-penguasa di tanah Arab itu sendiri kerana realiti yang berlaku hari ini penguasa-penguasa menggunakan hukum selain daripada hukum Allah, begitulah juga rakyatnya, guru-guru yang mursyid, tukang azan, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja kerajaan, pekerja di sektor swasta, baik kanak-kanak yang tidak bersalah dan juga yang sudah dewasa semuanya dikira sebagai kafir kerana mereka tidak melakukan pemberontakan kepada kerajaan mereka.

Kalau diikuti perkembangan golongan ini secara serius di tanahair kita ataupun di luar negara mereka tiada kepentingan lain, tiada kerja lain melainkan melemparkan pengtakfiran terhadap masyarakat Islam, menyeru kepada keganasan, fitnah-memfitnah, mengerahkan supaya pengikut-pengikutnya keluar di jalanan supaya melakukan penentangan secara membuta-tuli di samping membawa kepada pertumpahan darah.

  • TIDAK HARUS MEMANGGIL MEREKA SEBAGAI “JEMAAH ISLAMIYAH”

Ulama’-Ulama’ Muktabar mengatakan bahawa ; Tidak boleh mengelarkan kumpulan ini dengan nama “Islamiyah”, sebaliknya menamakan mereka sebagai “kumpulan yang mendakwa sebagai Islam”. Ini adalah kerana mereka amat bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri yang menjadi tiang atau asas kepada Agama Islam rentetan daripada kepercayaan mereka bahawa Allah itu adalah ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa), menamakan Allah dengan al 'Aql al-Mudabbir (Akal yang mengatur), mereka mempercayai Allah Ta’ala sentiasa bersama-sama manusia dengan zat-Nya pada setiap masa, menghalalkan darah orang Islam, berkompromi dengan golongan zionis antarabangsa dalam memerangi Umat Islam. Oleh kerana itulah menurut para ulama’ tidak boleh menamakan mereka sebagai orang muslimin dan tidak harus juga menamakannya sebagai ”Jema’ah Islamiyah” sebagaimana tersebar hari, selain itu tidak boleh mengatakan mereka sebagai ”Al-Ikhwan Al-Muslimun” tetapi kita dibenarkan menyebut golongan ini sebagai ” kumpulan atau golongan yang mendakwa mereka sebagai Ikhwan Al-Muslimin”. ini adalah supaya umat Islam tidak tertipu lalu menyangka mereka pada landasan yang benar padahal mereka jauh daripada itu.

  • ANTARA NAMA-NAMA GOLONGAN QUTHBIYAH DI TANAH ARAB ;

Golongan Quthubiyah sememangnya tersebar di banyak buah negara, mereka berselindung dengan pelbagai nama dan organisasi. Penjenamaan yang pelbagai dengan beridentitikan nama yang cukup ‘islamik’ adalah di antara taktik untuk memancing masyarakat supaya menyertai mereka, selain meracuni pemikiran pemuda-pemudi yang baru mengenal erti Islam dan perjuangan.

Manakala di Nusantara golongan ini dikenali sebagai ;

  • PAS di Malaysia
  • PKS (PARTAI KEADILAN SOSIAL ) di Indonesia

  • FATWA DALAM ISU AKIDAH YANG MENYELEWENG

Di sini disebut beberapa kesesatan Syed Quthb secara ringkas tanpa ada perbahasan yang terperinci tentang penyelewengannya di dalam Agama Islam. Berikut adalah senarai ringkasan kesesatan-kesesatannya ;

  1. Menamakan Allah dengan nama (الريشة المعجزة) ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa),
  2. mendakwa Allah sebagai (الريشة المبدعة) ar-Risyah al-Mubdi'ah [bulu yang menciptakan alam dari sesuatu yang tiada menjadi ada, tanpa ada contoh sebelumnya].
  3. menamakan Allah sebagai (الريشة الخالقة) ar-Risyah al-Khaliqah [bulu yang menciptakan].
  4. menamakan Allah dengan (العقل المدبر) al 'Aql al-Mudabbir [Akal yang mengatur].
  5. mengkafirkan masyarakat Islam di pelusuk alam secara keseluruhan.
  6. pemikiran Syed Quthb berasal daripada pemikiran Baihasiyyah iaitu satu kelompok di dalam Khawarij yang mengkafirkan pemerintah Islam dan rakyatnya.
  7. mencela golongan As-Salaf As-Soleh.
  8. mencela dan menghina pengajian ilmu fiqh.
  9. beri’tikod Allah berada di mana-mana dengan zatnya [ seperti i’tikod Jahmiyah).
  10. menggelarkan masyarakat Islam sebagai Masyarakat Jahilyah.
  11. menghina dan mencela Nabi Musa ‘Alayhissalam.
  12. menuduh Nabi Yusof merasa lemah diri [ghairah] apabila digoda oleh isteri pembesar Al-’Aziz.
  13. Mengkafirkan Nabi Ibrahim ‘Alayhissalam.
  14. menghalalkan darah Umat Islam dan beberapa kes pembunuhan Oleh Golongan Quthubitah.

Ke semua kesesatan-kesesatan Syed Qutb ini sememangnya berbukti bukannya omongan kosong. InsyaAllah akan diterangkan secara jujur dan berhati-hati oleh penulis terutamanya ianya berkaitan dengan amanah syar’iyyah.

  • PENGARUH PEMIKIRAN SYED QUTHB TERHADAP PAS

Walaupun Syed Quthb telah dihukum mati, namun buku-buku, majalah, risalah serta pemikiran-pemikiranyanya terus tersebar, diterjemah dalam pelbagai bahasa, dan kini didokong pula oleh beberapa organisasai di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. PAS, melalui usrah-usrah, kuliah-kuliah, ceramah, akhbar harakah, dan menerusi pelbagai saluran memberi penekanan utama supaya pemikiran Syed Quthb agar ianya tersebar di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pemikiran mengtakfirkan mereka yang berhukum dengan hukum kanun dunia tanpa menolak sedikitpun syar’ait Allah seringkali kedengaran di ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS. Fikrah takfir tajaan Syed Quthb inilah yang cuba diterapkan oleh PAS kepada ahlinya untuk merampas tampuk pemerintahan dan melakukan keganasan di dalam negara yang seterusnya membawa kepada huru-hara dalam masyarakat Islam.

Antara yang banyak menitik-beratkan pemikiran Syed Quthb ini ialah Profesor Zulkifli Mohamad. Dia adalah di antara pelajar Melayu lepasan University Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950-an. Kepulangannya ke Tanah Melayu dan keterlibatannya dalam PAS memberi ruangan yang selesa baginya untuk menerapkan FIKRAH PENGTAKFIRAN Syed Quthb ini sebagai fikrah perjuangan PAS.

Selain itu juga menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai, Fadzil Noor adalah di antara orang yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah, Abdul Hadi mengajar buku 'Ma’allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu manakala Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan, dan begitu juga Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia.

  • TANGGUNGJAWAB AGAMA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ;

Oleh kerana menerangkan perkara yang haq dan menjaga amanah ilmiyah menjadi tanggungjawab yang besar dalam agama, penulis menggunakan ruangan yang terbatas ini sebagai tempatnya. Semoga Allah meredhai segala usaha ini dan menerimanya sebagai amalan soleh di dalam bulan yang mulia. Ianya juga termasuk dalam bab nasihat-menasihati yang diperintahkan oleh Rasulullah Shollallahu’ Alaihi Wasallam :

الدين النصيحة

“ Agama itu adalah nasihat menasihati”.

Selain itu juga, timbul rasa bimbang di dalam diri penulis Negara Malaysia yang yang tercinta akan mengundang huru-hara dengan tersebarnya pemikiran-pemikiran Syed Quthb yang berhaluan kiri ini, sekali gus menerajangkan dan memperkosa keamanan dan ketenteraman di dalam Negara. Begitu juga penulisan ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan pemuda-pemudi yang diperdaya oleh golongan ini dengan kata-kata manis dengan berlabelkan “Perjuangan Islam”. Wallahu A’lam.

Disusun oleh ;

pasvspas@yahoo.com
www.pasvspas.blogspot.com

[1] Surah Al-Hujurat, ayat 6

[2] Surah al-Israk, ayat ; 36

[3] Sohih Muslim.

[4] Hari ini bukan sahaja ramai yang mendiamkan diri dalam membongkar ajaran wahhabiyah, quthubiyah, sufi yang sesat, tetapi juga ramai mereka yang bergelar ustaz, tok-tok guru yang sudah memandang dunia lebih daripada akhirat. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku di hadapan mata hanya dipandang sebelah mata tanpa ada inisiatif tertentu untuk mencegah ataupun membasmi virus pemikiran yang berbahaya.

[5] Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Qusyayri dalam Ar-Risalah al Qusyairiyyah.

[6] Syed Quthb, “Al-Islam Musykilatul Hadharah” , Cetakan Dar Asy-Syaruq, Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI [ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM.

[7] Pemberian.

[8] Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut.

[9] Walaupun Syed Quthb mempunyai kebolehan di dalam sastera Arab, ini tidak bermakna dia boleh sesuka hati mentafsirkan Al-Quran mengikut kepala otak sendiri tanpa menoleh tafsiran yang digunakan oleh ulama’ mufassirin. Kalau dikaji dengan teliti, pentafsirannya di dalam buku ’Fi Dzilallil Quran' amat bercanggah dengan tafsiran para sahabat dan semua ulama’ mufassirin yang muktabar.

[10] Syed Quthb pernah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majalah Ikhwan al-Muslimin. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, kemudiannya majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Jamal Nasir. Kerajaan Mesir ketika itu mengambil langkah yang keras terhadap gerakan Ikhwan supaya pemikiran golongan ini tidak meracuni masyarakat Islam Mesir. Usaha kerajaan Mesir berjaya apabila tertangkapnya pendukung-pendukung Ikhwan termasuk Syed Quthb sendiri.
[11] Kitab ini ditulis pada pada tahun 1939.

[12] Seperti golongan athies yang menafikan kewujudan Pencipta.

[13] الماسونية : محاربة الدين
[
14] Syed Quthb bukanlah nabi, atau wali. Dia tidak terpelihara daripada dosa.

[15] Mampu membezakan yang hak dan yang batil.