Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.BERNAMA


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/12/mstar_berita/20090812150505&sec=mstar_berita

.

Ulasan


Keadaan menjadi gamat apabila 2 orang ahli politik DAP kerana telah menghina Islam dan institusi raja. Perbuatan mereka ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan , dan mencerminkan sikap yang menyerupai komunis.

Apa yang lebih menyedihkan, masih terdapat mereka yang membenarkan perbuatan tersebut. Jangan kerana diberi gelaran Mursyidul Am, semua perkara yang haram dihalalkan, hatta perkara akidah pula dipermainkan. Saya sedih apabila orang bukan Islam mempermainkan ayat suci Alquran, tetapi disokong pula oleh mereka yang jahil murakkab ini.

Kenyataan kufur menghina Allah seperti samseng, mencarut dan duduk seolah olah tiada apa bagi mereka ini .Hatta sanggup berkawan dengan syaitan demi mendapatkan kuasa politik. Walupun sudah terang terangan mereka ini bersekongkol dengan orang yang yang amat membenci Islam. "Over my dead body" kata karpal singh.Semuanya menjadi halal .Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara. Ya Allah , semoga engkau memberikan mereka ini hidayah Islam dan kembali kepada Islam yang sebenar...