لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
"Tidak Ada sesuatupun yang menyerupaiNya.Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
( Ash-Shura : 11)
Nah , lihat scan kitab dibawah ini.Lihat pada kenyataan bergaris.
( Teruskan scroll kebawah)
Telah berkata Al Imam Qadi Abu Bakar ibn `Arabi radhiallahuanhu didalam kitab `Aridat Al Ahwazh li Syarah Sohih Attirmizi :
قال الامام القاضي أبو بكر ابن عربي رضى الله عنه والذى يجيب أن يعتقد في ذلك أن الله كان ولا شئ معه ثم خلق المخلوقات من العرش الى الفرش فلم يتعين بها ولا حدث له جهة منها ولا كان له مكان فيها فانه لا يحول ولا يزول قدوس لا يتغيرولا يستحيل وللاستواء في كلام عرب خمسة عشر معنى ما بين حقيقة ومجاز منها ما يجوز على الله فيكون معنى الآية ومنها ما لا يجوز على الله بحال وهو اذا كان الاستواء بمعنى التمكن أو استقرار أو اتصال والمحاذاة فان شيئا من ذلك لا يجوز على البارى تعالى ولا يضرب له الأمثال به في المخلوقات
Berkata al Imam al Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi Radiallahu Anhu dimana wajib untuk mempercayai padanya bahawa tidak ada sesuatupun yang bersamaNya(Allah).Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk dari `arash hinggalah ke Furash.Tidak harus padanya dan tidak layak baginya arah darinya dan tiada bertempat padanya .Maka sesungguhnya dia tidak binasa dan kekal qudus serta tidak berubah dan tidak mustahil.Dan Istiwa dalam bahasa Arab mempunyai lima belas(15) makna ,apa yang diantara hakikat dan majaz , dan layak baginya maka jadilah ianya makna bagi ayat tersebut dan apa yang tidak layak bagi Allah seperti dengan memaknakan istiwa dengan mengambil tempat atau menetap Istiqrar(menetap) atau bersentuhan dengan sesuatu maka yang sedemikian itu tidak layak keatas Allah Taala dan tidak disifatkan padaNya persamaan dengan Makhluk.Intaha
Didalam bahasa Arab kalimah istawa mempunyai lebih dari 15 makna kesemuanya. Sesungguhnya bahasa Arab lebih luas dan sofistikated dari bahasa Melayu sendiri. Disini saya ingin menyenaraikan sebahagian daripada makna dari perkataan istawa ini:
- 1. Menguasai (قهر)
- 2. Menjaga ( حفظ)
- 3. Menetapkan
- 4. Masak (seperti " الطعم استوى")masaknya makanan
- 5. Berdiri ( seperti yang diucapkan imam sebelum solat berjemaah)
- 6. Duduk @ Bersemayam ( جلس)
- 7. Menetap (استقرار)
- 8. Seimbang@Selari
Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekalian. Didalam banyak banyak makna diatas , yang manakan paling layak disandarkan kepada Allah? Adakah sifat seperti duduk@bersemayam, masak , menetap,berdiri itu layak bagi Allah? Manakah yang lebih layak?
Maka jelaslah dengan ini bahawa makna seperti berkuasa dan menjaga adalah yang paling layak keatas Allah. Sifat duduk@bersemayam, masak, menetap dan sewaktunya adalah sifat kekurangan dan hanya layak disandarkan keatas makhluk . Jika kita menetapkan juga sifat kekurangan ini, maka kita telah menghina Allah dan menyamakan Nya dengan makhluk.Maka ianya adalah sangat bertentangan dengan akidah Islam serta menjerumuskan kepada Tashbih dan tajsim.
Sejarah membuktikan pertelagahan manusia dalam menentukan makna perkataan "istawa " ini. Barangsiapa yang mensifatkan Allah dengan makna yang salah seperti sifat duduk atau bertempat maka jatuh kufurlah dia. Seperti apa yang dikata oleh imam Abu Jaafar Attahawi Assalafi
من وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر
Dengan penerangan yang serba ringkas ini , diharap dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dalam memahami akidah Ahl Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Semoga kita semua dilindungi Allah dari dicemari fahaman fahaman yang bertentangan dengan Islam.
http://hafizhandasah.blogspot.com/
1 komentar:
salam alaikum. saya pun tulismmengenai maksud istawa dalam blog: anak gerik
Post a Comment