Assalamualaikum
Dalam entri ini saya akan menulis seberapa ringkas bagi menjawab komen para pembaca. Ingin saya mengingatkan disini bahawa saya bukan seorang yang condong kepada mana mana parti politik jauh sekali untuk taksub . Jauhilah taksub kerana ianya akan menghalang kita dari melihat kebenaran. Adalah menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untuk melakukan amal makruf dan nahi mungkar tidak mengira siapa .
Berdasarkan firman Allah di dalam Al Quran:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (al Israk ayat 36).
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.” (al-Maidah ayat 2)
Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
Allah berfirman didalam AlQuran:
"Tidak Ada sesuatupun yang menyerupainya.Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
( Ash-Shura : 11)
Ayat inilah ayat yang paling jelas didalam al Quran menerangkan bahawa Allah tidak sekali kali menyerupai makhluknya. Allah mencipta segala sesuatu .Allah menciptakan cahaya, maka Allah tidak sama dengan cahaya, Allah menciptakan manusia, maka Allah tidak sama dengan manusia .Begitu juga Allah tidak menyerupai sesuatupun dari makhluknya.
Berkata imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Zunnun al Misri
مهما تصورت ببالك,فالله بخلاف ذلك
"Apa sahaja yang kamu bayangkan tentang Allah, Maka itu bukan Allah"
Diantara perkara penting dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah ialah mempercayai bahawa Allah wujud secara Azali dan tidak sama sekali akan berhajat kepada makhluknya.Allah menciptakan Arash , maka Allah tidak berhajat kepada Arash.Allah menciptakan tempat, maka
Allah tidak berhajat kepada tempat.Jelas.
Rasulullah bersabda:
كان الله ولم يكون شئ غيره
"Allah berada pada azali dan tidak ada sesuatupun yang bersamanya"(HR Bukhari, Al Baihaqi dan Ibn Jarud)
Makna Hadis Iniialah Allah berada pada azali dan tidak ada sesuatu bersamanya.Sebelum Allah menciptakan angin ,cahaya , kegelapan,arsy ,tempat dan arah ,Allah telah wujud dan Allah tidak berhajat kepada makhluknya , dan Allah tidak berubah kerana berubah adalah sifat makhluk.
Inilah pegangan dan iktiqad para anbiya`, sahabat, ulamak salaf dan khalaf dan seluruh muslimin . Allah wujud tanpa berhajat kepada tempat.
Seperti kata kata seorang sahabat yang masyhur iaitu Saidina Ali RAdhiallahuanhu
إن الله خلق عرش إظهارا لقدرته ولم يتخذه مكان لذاته
" Sesungguhnya Allah menciptakan Arsy untuk menunjukkan kekuasaanya , dan bukan untuk menjadikannya tempat bagi zatnya( Diriwayatkan oleh Abu Manshur Al Baghdadi dalam kitab alFarq Baina al Firaq)
Jelas dengan ini sesiapa yang mensifatkan Allah dengan duduk, bertempat, mempunyai anggota badan mempunyai akidah yang bertentangan dengan Al quran dan hadis dan mereka ini boleh disifatkan sebagai musyabihah dan mujassimah.
Penglibatan Nik Abdul Aziz dalam Akidah Mujassimah
Dibawah ini saya sertakan bukti dari kitab Nik Abdul Aziz untuk menunjukkan betapa tergelincirnya pegangan Nik Abdul Aziz dari akidah Ahlussunah yang sebenar.
Perhatikan pada perkataan yang dihighlightkan
berkata Nik Abdul Aziz:
"Kalau diterjemah secara kampung istawa ertinya duduk bersila seperti saya duduk bersila sekarang ini; dipanggil Istawaitu iaitu aku duduk bersila.Tuhan cakap lepas aku buat langit dan bumi,aku duduk bersila diatas Arsy,itu kalau bubuh makna cara kampung tapi jangan diulang-ulang takut dimarah orang"
A`uzubillah. Seorang ulama yang benar tidak sekali kali akan menyamakan Allah dengan makhluknya . Ini adalah satu penghinaan terhadap Allah. Tidak ada satu dalil dari Alquran dan Hadis pun yang menyifatkan Allah dengan sifat duduk. Bagaimanakan Nik Abdul Aziz boleh menyifatkan Allah dengan sifat yang batil ini
Adakah Akidah Tashbih dan Tajsim Ini Akidah Islam?
Mari pula kita lihat apa kata ulama ulama salaf mengenai akidah tashbih (menyamakan Allah dengan makhluk) dan akidah tajsim ( menjisimkanAllah) ini.
berkata Imam Syafii yang dinukil dalam kitab Najmul Muhtady Wa Rajmul Mu`tady oleh Ibn Muallim Al Qurasyi
وكذا من يعتقدُ أن اللهَ جالسٌ على العرشِ
“ begitu juga (kafir) bagi mereka yang beriktiqad Allah duduk atas arasy”
Berkata Imam Abu Hanifah dalam Al Wasiyah:
"Kami mengakui bahawa Allah Subhanahuwataala , istawa di arsy tanpa ia memerlukan Arsy dan tanpa bersemayam diatasnya padahal , Allah lah yang menjaga Arsy dan selain daripada Arsy tanpa berhajat sedikit pun padanya.Jikalau Allah berhajat kepada arsy , nescaya tidak akan wujudlah alam dan pentadbirannya seperti makhluk-makhluk, jikalau Allah berhajat kepada duduk atau bersemayam (bertanya abu hanifah kepada musyabihah) ,maka sebelum menjadikan arsy dimanakah Allah,maha suci Allah daripada bersifat dengan sedemikian itu. "
Berkata Imam Abu Jaafar Attahawi Assalafi
من وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر
“ Sesiapa yang mensifatkan Allah dari sifat sifat manusia maka dia telah kafir”
Cukuplah sekadar aqwal diatas untuk menjelaskan tentang terpesongnya akidah mereka yang terlibat dalam akidah tashbih dan tajsim. Nasihat saya sekali lagi, jauhilah taksub. Umat takkan boleh disatukan jika dicampuradukkan akidah Mujassimah, Syiah, Muktazilah ,Wahhabiah dan yang lain lain . Konsep wahdatul ummah yang disalah ertikan oleh PAS perlu dijernihkan kembali supaya orang ramai tidak keliru .
Saya cuma nyatakan qawaid dan kata kata ulama mujtahid mutlaq untuk dijadikan panduan dan sandaran.Jika menurut mujtahid Mutlaq tersebut SALAH maka kita pun katakan SALAH berdasarkan qawl mujtahid mutlaq tersebut. Jika mereka katakan ianya terkeluar dari ISLAM , maka kita pun akan mengatakan ianya terkeluar dari ISLAM. Ringkasnya mujassimah terkeluar dari Islam secara Ijmak.Akhir kata dari saya , semoga Allah menganugerahkan hidayah dan nur Islam kepada mereka ini.Sekian.
Wassalam
6 komentar:
Assalamualaikum, telah Tuan Guru sebutkan dalam tafsir surah yunus tersebut perkataan seperti ini adalah lughahtun wasilatun.
Sebagai contoh kalimah Solah darisegi lughahnya bermakna Doa. Perkataan tersebut adalah penggunaan dalam masyarakat arab. Namun apabila datangnya islam kalimah tersebut menjadi maksud secara syar'ie iaitu satu perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan berakhir dengan salam. bermaknanya bila disebutkan kalimah As-solah, bermakna satu perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan berakhir dengan salam .
begitu juga dengan perkataan istawaitu. makna asalnya darisegi lughah masyarakat arab adalah bersila. Tetapi jika perkataan tersebut digunakan untuk mensifatkan Allah tidak lagi
bersila. tetapi bersemayam. cara mana Allah bersemayam? Wallahu taala a'lam. Jadi ana harap
tiada yang terkeliru.Apa yang diterangkan oleh tuan guru dalam tafsir tersebut adalah jelas. ana harap penulis dapat membaca seluruh penerangan tersebut bukan membaca separuh-separuh sahaja dan diharap penulis blog mennhentikan mengelirukan orang lain dan segala hukum yang ingin dikeluarkan biarlah berdasarkan ilmu agama bukan ilmu professional.jika ilmu agama tidak mencukupi menuntutlah, jika tidak, bertanyalah pada yang tahu.
Soldier of Muslim. Cuba rujuk balik kamus dewan dan cari apakah makna bersemayam. Makna bersemayam adalah duduk dan hanya layak disandarkan keatas RAja sahaja.
Saya menyampaikan perkara yang saya pelajari dari bertalaqqi dengan guru yang bersanad. Bukannya dengan ilmu professional. Tidak perlulah merendahkan sesiapa disini,jika kamu tidak mengenal saya.
saya ada menulis jawapan lengkap bagi persoalan kalimah istiwa disini .
http://hafizhandasah.blogspot.com/2009/08/apakah-makna-istawa.html
Bacalah dengan hati yang terbuka
Assalamualaikum.. Setelah mengkaji apa yang dikatakan oleh TG Nik Abdul Aziz, saya telah berpuas hati dengan penjelasan yang disampaikannya. Tidak ada sebarang penyelewengan pun. Saya berharap saudara Hafiz Handasah dapat memahami apa yang diperkatakan oleh TG Nik Abdul Aziz pada perenggan berikutnya. Kerana disitu ada penjelasan kenapa beliau berkata demikian.
Dalam menyampaikan ilmu kepada orang ramai terutamanya yang tinggal di kampung2, suatu pendekatan mesti diambil. Iaitu menyatakan sesuatu ilmu itu dengan apa dapat mereka fikirkan dan gambarkan kerana keterbatasan ilmu dan kurang pemahaman mereka mengenai banyak masalah2 agama.
seperti yang saudara ketahui berkenaan istiwa', ulama'2 telah berkata : istiwa' itu diketahui dalam bahasa, bagaimana keadaannya tidak diketahui , bertanya mengenainya satu bid'ah, berbahas2 mengenainya adalah sesat. Inilah makna tersirat yang diperkatakan oleh TG Nik Abdul Aziz.
Saya harap apa yang saya katakan ini dapat memberi manfaat kepada kita dan orang2 yang musykil. Wassalam..
1. Di dalam Al-Quran terdapat ayat yang Muhkamat (Terang) dan ayat yang Mutasyabihat (Samar).
2. Lihat Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid, bagi Al-’Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Umar An-Nawawi Al-Jawiyy At-Tanariyy, Juzu’ Pertama, halaman 87, baris 15 dari atas, mengenai Surah Al-Imran, ayat 7 ini.
3. Perbuatan menterjemahkan Al-Quran tanpa ketiadaan Tafsir berbahasa Arabnya adalah merupakan sesuatu yang diharamkan oleh Ulama' dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar).
4. Telah berkata orang Muhammadiah (Wahabi di Indonesia) dan Wahhabiyyah, bahawa ;
a. Haram mentakwilkan Ayat2 Al-Quran yang berkaitan Sifat-sifat Allah.
b. Peganglah Tauhid Asma' wa Sifat, iaitu wajib mensifatkan Allah sebagaimana Allah sifatkan diriNya di dalam Al-Quran.
5. Tidak pernah Nabi Muhammad saw dan para Sahabat Nabi saw menyatakan Tauhid seperti di atas. Ini adalah rekaan Ibnu Taimiyyah semata-mata.
6. Di dalam Al-Quran ada menunjukkan perkataan yang Allah Taala itu nak tahu "Lina'lama". Ini akan membawa makna bahawa Allah Taala itu tidak tahu atau bersifat Jahil. Maka, ayat Al-Quran yang berkaitan Sifat Allah ini wajib ditakwilkan.
7. Jika mengikut perkataan orang-orang Wahhabiyyah ini berdasarkan pegangan mereka di atas , maka ia akan menghina Allah Taala kerana mereka mengatakan, "Wajib mensifatkan Allah sebagaimana Allah sifatkan diri-NYA dalam Al-Quran. Dan, wajib mensifatkan Allah itu bersifat Jahil (Bodoh) seperti Allah sifatkan diri Nya dalam Al-Quran."
8. Maka, ini adalah suatu perkataan menghina Allah Taala. Ini bukan masalah kecil kerana ia berkaitan dengan Usuliddin (Tauhid).
9. Rosak Tauhid, maka rosaklah asas agama. Apabila rosak asas agama, maka akan rosaklah seluruh amalan solah berjemaahnya, puasanya, zakat, pergi hajinya, malah segala amalannya.
Saya sangat-sangat berharap saudara Hafiz Handasah dapat menambah lagi Maqalah tentang Kebatilan-kebatilan yang disebarkan oleh Jemaah Tabligh.
Sama ada dari Segi Iqtikad ataupun amalan yang menyempang dari dasar Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah .
Saya sedia menolong saudara dalam membekalkan Risalah-risalah tentang Kebatilan yang disebarkan oleh Jemaah Tabligh.
Ahlan , ya firdaus mazlan. :)
jika saudara ada bahan2 tersebut sila emailkan kepada emel saya
hafizyaacob@yahoo.co.uk
barakallahufeek :)
Post a Comment