Bersekongkol Dengan Yahudi?

Petikan ini saya terjemah dari buku Fadhaih Al Wahabiah karangan Syekh Fathi Al Azhari seorang ulama Azhar:


Al Quran Al Karim telah mengingatkan nabi junjungan kita tentang kejahatan yahudi dan kesesatan mereka dalam banyak surah dan ayat khususnya tentang kekejaman mereka .

Mereka mendustakan ayat-ayat Allah serta membunuh nabi nabi dan orang yang beriman, dan mereka ini sangat layak diberi gelaran musuh Allah dan musuh para Nabi dan musuh orang- orang yang beriman. Isu pengkafiran terhadap yahudi tiada pertentangan dari para ulama seperti apa yang didatangkan dalam ayat Al Quran. Cukuplah di tulis sebahagian sahaja daripadanya disini .

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat Yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Al Baqarah :61)


إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الِّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi Dengan jalan Yang tidak benar, serta membunuh orang-orang Yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita Yang mengembirakan mereka, Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.( Aal imran :21)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.


وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: " يَدُ اللّهِ مَغْلُولَةٌ (bakhil - kikir)", tangan merekalah Yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat Dengan sebab apa Yang mereka telah katakan itu, (Al Maidah :64)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ


Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.(Al Maidah:78)

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ


Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik(al Ma-idah:82)



Tamat Terjemahan


Jelas, begitu banyak sekali dalil dari Al Quran tentang bahaya dan kesesatan yahudi ini. Ramai yang sudah sedar, alhamdulillah. Tapi ramai juga yang masih tidak sedar dan masih lagi dibuai mimpi lena di siang hari. Ada yang masih mahu berbaik baik dengan yahudi.Sedangkan yahudi adalah musuh umat islam yang paling nyata.Mengapa?

Dr Yusuf Qardawi juga tidak ketinggalan mengatakan Yahudi adalah agama Allah.WA`IYAZUBILLAH! Ini adalah satu pendustaan yang nyata. Yahudi bukan agama Allah, tetapi adalah agama ciptaan manusia.Pada saya ada rakaman suara dr Yusuf Qardawi mengatakan demikian . Benarlah hadis nabi bahawa pada akhir zaman nanti orang yang bukan ahlinya diangkat menjadi ulama.

Hatta , para wahabi mujassimah juga tidak ketinggalan mengikuti sunnah yahudi dengan mempunyai iktiqad yang sama dengan mereka iaitu akidah tajsim &tashbih dan juga mengikut keganasan yahudi menghalalkan darah dan membunuh umat islam seperti apa yang berlaku di Thaif dan kebanyakan tempat lain diseluruh dunia.

Kesucian Islam perlu dijaga dari ditokok tambah oleh ahli bid`ah seperti wahabi dan ajaran sesat yang lain.Oleh itu, marilah kita bersama sama mengingatkan sahabat sahabat yang lain tentang bahaya mereka ini demi kesucian agama Islam. Kita tidak akan sanggup melihat Islam dinodai dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk mewaspadai ajaran yang bertentangan dengan ahl Sunnah Waljamaah.