NUKILAN DARI:

http://jarumemas.blogspot.com/2009/05/hakikat-sebuah-kebenaran-tugas-membela.html

Sudah lama isu ini berlaku, golongan opportunis (yang suka mengambil peluang) tidak kiralah samada dari mana-mana parti politik. Begitulah juga kepada yang memusuhi intitusi ulama dan mufti di negara Malaysia ini. Pada satu masa mufti dilihat apabila menyebelahi mereka, maka akan disanjung-sanjung, dipandang tinggi. Tetapi apabila menyuarakan perkara yang penting untuk maslahah ummah dan terkena pada golongan yang lain mufti jugalah yang akan dimaki hamun, dikata kesat. Demi sebuah kebenaran, saya perlu mengulas isu ini.

Penghinaan dan fitnah terhadap Mufti

Lebih mengejutkan lagi apabila yang menghina dan memfitnah institusi mufti itu sendiri adalah dari kalangan mufti sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh seorang bekas mufti di Perlis iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Sila lihat sahaja perkataannya :
Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza: Klik Di Sini
Lihatlah siapa yang membela mufti :





Maaf cakap, entah berapa ramai di sana yang taksub dan taqlid membuta tuli percakapan dan fatwanya yang menyelidik tentang erti sebuah kebenaran dan akhlak yang datang dari seorang ilmuwan agama? Sudahkah membaca artikel KEMBARA ILMU KE INDIA yang ditulis oleh Dr Asri di laman webnya dan kemudian telah dibuang beberapa hari selepas ditulis? Dan akhirnya kebenaran tetap ALlah tunjukkan dengan tulisan ini Tanggapan Artikel Kembara Ilmu Ke India - Dr MAZA. Tidak perlulah saya mengkhabarkan tentang sikap beliau yang lain. Ingin juga menjawab sahaja di dalam laman web DrMaza.Com tetapi saya masih tidak terjumpa lagi ruangan komen. Dimana ya?

Saya teringat kata hikmah Ibn Sirin (w. 110H/728) mengungkapkan
"Sesungguhnya ilmu ini agama, dan perhatikan dari siapa yang engkau ambil agama ini".
Alangkah apabila dilihat kalimah ini semakin terlihatlah kebenarannya kini.

Bukan sedikit pula yang mencaci maki ulamak seperti Mufti Perak (lihat isu politik di Perak), dan mufti lain yang dituduh sebagai hanya memanaskan punggung di tempat duduk. Bahkan ada yang mengatakan binatang yang diharamkan lebih mulia dari mufti - silalah rujuk : Babi Lebih Mulia.

Dan begitulah, siapa yang ingin menyelidik akan sebuah kebenaran?

Terkadang saya berfikir - mengapa ya sesama umat Islam bukan main lagi dimusuhi, mudahnya dihukum sesat, mudahnya dihukum musyrik. Tetapi dengan orang kafir yang ada tugasnya sebagai missionari Kristian disambut dan dibela (sila rujuk : perkataan kalimah ALlah hendak digunakan oleh Kristian di Malaysia). Apa kita lupa firman ALlah :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)

“(Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat)”
(QS. Al Hujurat : ayat 10 )

Bukankah telah disabdakan oleh RasuluLLah yang bererti : Dari Abi Hamzah bin Malik radiyaLLahu 'anhu, khadam RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dari Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sabdanya :
Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita mengatakan telah beriman kepada al Quran dan Sunnah, bahkan ada yang mengaku ingin menjadi pendokong kedua-duanya. Apakah ucapan itu hanya pada jari jemari sahaja tanpa ada penghayatan?

Bila Mufti dihina dan difitnah, siapakah pula yang membela mereka?

Adakah kita sebenarnya tahu siapa mufti di negeri masing-masing? Dan mengambil tahu hal ehwalnya dan dimana mereka turun ke padang mengajar di kelas pengajian, di masjid? Jika di Johor ini, bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadot (sekarang ini penasihat Agama Islam Johor) selalu turun padang dalam memberi ceramah dan aktivitinya dapat diikuti dari buletin Agama Kerajaan Negeri Johor, begitulah juga Mufti yang baru iaitu Dato' Haji Tahrir bin Kiyai Haji Shamsudin.

Di Negeri Sembilan, bekas Mufti iaitu Dato' haji Mohd Murtadza selalu mengadakan ceramah dan kuliah hampir setiap hari dalam sebulan di 14 buah mukim. - Temubual Dengan Mufti Negeri Sembilan Demi Tugas, Milenia Muslim, Februari 2009, m/s 14-18) Begitulah... siapa pula yang hadir di setiap kuliahnya dan akhirnya menghamburkan fitnah pula kepada mufti?

Adakah kita tahu siapakah yang mencadangkan kepada Sultan Perak agar Menteri Besar Ir Nizar dilantik selepas PRU yang lalu? Takkan kita tidak mengambil tahu tentang peranannya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan sama-sama di dalam majlis syura mengeluarkan hukum dalam banyak perkara berkaitan feqh kontemporari yang kita sendiri pun tidak mampu hendak mengulasnya apatah lagi yang hanya pandai bercakap belakang hanya selepas fatwa diputuskan? Segalanya ada diulas di Milenia Muslim muka surat 66-70. Anda akan tahu pendirian mufti ini berkenaan parti politik. Silalah beli dan baca untuk sebuah kebenaran.

Lalu saya tertanya juga di dalam hati : Adakah kita benar-benar inginkan sebuah kebenaran? Inginkan perpaduan dan bukan perpecahan? Ataupun selepas membaca tentang sebuah kebenaran tetap dipilih kebatilan? Dan tetap memilih dan menyokong mereka yang inginkan kepada perpecahan umat Islam? Siapakah pula yang ingin membela saudara seIslamnya yang dituduh dan difitnah bermacam-macam?

Insya ALlah, nantinya saya akan bongkarkan tentang mereka yang telah menghukum kafir, musyrik dan sesat kepada Ulamak Muktabar, Majoriti Umat Islam dan Jemaah Islam seluruh dunia.