Assalamualaikum



Jika ditanya "Apakah Perbezaan Antara Nabi Dan Rasul ?" kepada kita soalan ini, sudah tentunya ramai yang boleh menjawab. Samada jawapan yang diberikan itu tepat atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri serta dari mana sumber bacaannya.

Apa yang pelik, mungkin ramai antara kita yang akan menjawab " Nabi diturunkan wahyu adalah untuk dirinya sendiri dan Rasul pula diturunkan wahyu untuk disebarkan kepada orang lain" .

Mari kita nilai jawapan tersebut secara kritis .Jikalau kita menjawab sedemikian , banyak persoalan yang boleh ditimbulkan . Untuk apakah Allah mengutus nabi jika wahyu itu untuk dirinya seorang dan tidak disampaikan kepada orang lain?

Bukankah sifat tabligh(menyampaikan) itu salah satu sifat wajib bagi nabi dan rasul?
JUSTERU ,TAKRIFAN NABI DAN RASUL ITU TADI ADALAH TIDAK TEPAT.

Jawapan kepada persoalan tersebut adalah amat mudah.

Ini lah takrifan yang diakui benar oleh ulama besertakan dalil :

Nabi (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya kepadanya bukan dengan syariat yang baru, dan diwahyukan kepadanya mengikut syari`at rasul yang sebelumnya.

Manakala rasul ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang baru serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya.

Kedua duanya diperintahkan untuk menyampaikan risalah kepada orang lain.


ini adalah berdasarkan firman Allah dalam Surah Albaqarah ayat 213 :

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ

"Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu ( semunya berada dalam agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan. "

Jelas di situ bahawa semua nabi diperintahkan untuk menyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya, bukannya menyimpannya sendiri diam diam. Saya harap posting ini dapat memberi info yang berguna kepada sahabat sekalian, terutamanya yang masih tidak mengetahui. Kesilapan dari segi takrif ini berlaku dalam banyak buku teks pada hari ini , saya harap kesilapan ini dapat diperbetulkan supaya tidak berlaku salah faham pada kemudian hari.

Wassalam.