Assalamualaikum,
Seperti yang sahabat maklum, saya kini menuntut di Kulliyah kejuruteraan Bioteknologi UIAM. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya sebelum ini adalah seorang dari Kulliyah Sains Bioteknologi. Bunyinya nak dekat sama tapi banyak perbezaannya. Kejuruteraan ialah kejuruteraan, Sains adalah sains. Jikalau saya meneruskan kursus lama saya di Kuantan dahulu, kebarangkalian saya akan jadi seorang pembantu penyelidik bukannya seorang Jurutera di masa hadapan.
Terlalu banyak sebab mengapa saya menukar kursus saya dari Sains ke Kejuruteraan, rasanya biarlah saya nyatakan sedikit sahaja antara sebab sebab tersebut iaitu
- Kekurangan kemudahan(facilities) di UIAM Kuantan.Tiada perpustakaan, bas awam, teksi
- Kekurangan tenaga pengajar.Maklum , ramai pensyarah yang resign kerana tidak mahu ditukarkan ke kuantan
- Penginapan yang menyedihkan.Sekarang di Kuantan sahabat sahabat saya terpaksa menyewa rumah di luar
- Saya tidak dapat menimba ilmu agama dari guru yang mursyid.Yang adapun pilot wahabi yang jahil .(di Gombak saya mempunyai ramai guru,alhamdulillah)
- Keadaan@ hubungan antara penuntut di UIA kuantan tidak seperti di Gombak di mana di Kuantan mereka kelihatan mempunyai 'kabilah' mereka masing-masing.
Rasanya cukup dinyatakan 5 sahaja sebab. Kini saya lebih bahagia di UIAM Gombak walaupun kursus yang saya ikuti sekarang(Kejuruteraan) jauh lebih susah dari semasa saya di Kulliyah Sains dahulu. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadi insan yang berjaya.
Doakan saya wahai sahabat sahabat :)
1 komentar:
owh ...
gitu pullaks ...
baru jerk tahu ...
huhuh
Post a Comment