Muhaddits Shaykh Abdullah Al-Harariyy Dalam Kenangan
Sauadara dan Saudari..
Allah berfirman
من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا" Al-Ahzab 23.
Nabi Bersabda:
<< إن الله لا يقبض العلم ينتزعه انتزاعا من الناس وإنما يقبض العلم بقبض العلماء >>
AICP dengan penuh belasungkawa mengumumkan pemergian seorang ulama besar Hadis dan Fiqh, seorang yang soleh, tawaddu`,Syekh Abdullah Ibn Muhammad Al Harary,juga dikenali sebagai Al Habashiyy.Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu subuh hari selasa bersamaan 2 Ramadan 1429 H -2 Sepetmber 2008.
Pemergian Shaykh Abdullah Al HArariyy adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada kaum muslimin ,kepada semua ulama Islam,kepada persatuan dan organisasi yang menghargai dan menyanjungi ilmu dan ulama , dan betapa pentingnya seorang ulama pada ketika hari ini.
Semoga Allah memberikan limpah kurnia dan rahmatnya kepada pendidik kesayangan kami. Kamu telah menunjukkan kesolehan dan tawadukmu.Kamulah seorang yang seringkali menasihati kami untuk berpegang teguh kepada jalan yang lurus tidak mengira betapa susahnya menempuh badai rintangan yang melanda.
Semoga Allah merahmati kamu wahai pendidik kami.Kamulah yang mendidik insan dengan ilmu tauhid(membezakan Pencipta dan Makhluknya), akidah yang haq dan juga juga hukum hakam dalam Islam.Kamu mengajar kami bagaimana untuk mengajak manusia kepada Agama Allah dengan hikmah dengan perkataan yang baik.Kamu telah menunjukkan kami jalan yang benar dan kesederhanaan.
Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada pendidik yang telah mendidik banyak generasi.Kamulah yang mengajar kami untuk berkhidmat kepada negara kami dan meminta belas Ihsan mereka.Kamu mengajar kami bagaimana untuk membina institusi pengetahuan dan projek kebajikan.
Kamu lah Syafi^iy,Ash^ariyy, dan Rifai^iyy pada abad ini.Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kamu wahai Imam,Syakh dan pendidik ..Semoga Allah menganugerahkan kamu Jannahnya bersama sama dengan para anbiya,wali-wali,dan meraka yang soleh.
Kepada semua ahli AICP, murid dan pencitan Shaykh Abdullah Al Harariyy di serata dunia, kami berdoa supa Allah memberikan kalian kesabaran dan memebri petunjuk kepada kebenaran.KAmi berdoa supaya Allah membatu kamu atas keberkatan usaha gigih Shaiykh Abdullah.Buku buku dan nasihat beliau adalah lautan ilmu .Kamu meminta kalian supaya bersama kami dalam AICP yang pernah dianungi oleh Shaykh Abdullah Al HArariyy.
Semoga Allah menaikkan darjat Shaykh kesayangan kami dan memberikan syurga yang luas kepada beliau.
Innalillahi wainna ilaihi raji`un.
.........................................................................................................................................................................
Beliau telah kembali ke rahmatillah hari ini Selasa 2hb Ramadhan 1429H : 2hb 9 2008.
selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan. Jenazahnya yang mulia disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang tadi waktu asar time Beirut Lubnan dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Rahimakallah ya Syeikhy....
Pemergianmu satu kehilangan yang besar buat umat Islam pencinta sunnah sebenar.
Al-Fatihah....
TAKDIR ALLAH MENENTUKAN
KAU PERGI JUA
DUHAI ATQIYAA' AKHFIYAA'
MAULANA AS-SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AL-HABASHY
KEBERADAANMU TIADA RAMAI YANG MENYEDARI
SEDANG ILMUMU TELAH SAMPAI KE DADA-DADA MEREKA
KAU DIFITNAH,DITOHMAH DIHINA
HANYA SAHAJA KERANA
MEMPERTAHANKAN AQIDAH SUCI
DARI DINODAI TANGAN-TANGAN KEJI
MUSUH-MUSUH ISLAM
JASA DAN BUDIMU PADA UMMAH
TIADA TERJUMLAH
TANPA MENGHARAPKAN KEMASYHURAN
JAUH SEKALI BALASAN DUNIAWI
DEEN AL-HANIEF KAU PERTAHANKAN
AQIDAH KAU PERJUANGKAN
TUTUR-BICARAMU BERHIKMAH
CORETANMU BERTINTAKAN ILMU
HUJJAHMU DURI-DURI TAJAM
DI HATI AL-WAHHABY
HARI INI KAU PERGI JUA
MENINGGALKAN JAUH PENJARA DUNIA
YANG PENUH NODA DAN DOSA
MENUJU JANJI-JANJI ALLAH
BUAT HAMBANYA YANG IKHLAS
PERGIMU YA SYEIKHI TIADA BERGANTI
MOGA RUHMU DITEMPATKAN ALLAH
DI KALANGAN PENGHUNI FIRDAUSI
puisi dari:
www.abu-syafiq.blogspot.com
0 komentar:
Post a Comment