JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH
Rujuk sepenuhnya di :
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF
Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.
Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.
Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:
كان الله ولا مكان
Maknanya: Allah ada tanpa tempat
Status
Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan
PANEL SJAI 090708
Tarikh Selesai
09/07/2008 12:18 PM
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
Rujuk Kenyataan Rasmi JAKIM tersebut sepenuhnya di:
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF
3 komentar:
Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11)
“...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)
Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)
mahu lagi pendapat para imam mazhab..?
Semakin lama wahabi semakin menjadi-jadi.Sejarah telah membuktikan bahawa wahabi inilah puak yang membunuh dan memecahbelahkan umat islam. Saya meminta kepada forumer supaya tidak terpengaruh dengan hujah mereka kerana
mereka adalah mujassimah
mereka gemar memutar belit aqwal ulama Islam
mereka mendustakan aqwal ulama
mereka menggunakan hadis palsu untuk menegakkan benang basah mereka
Buktinya ada orang yang komen di blog saya antaranya seperti berikut:
Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “... Yesterday, November 29, 2008, 12:49:00 PM noreply@blogger.com (my-ansarullah) Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11
)“...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)
Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)mahu lagi pendapat para imam mazhab..?
Jawapan saya mudah. Wahai wahabi yang suka ambil sekerat sekerat.Adakah kamu mahu memutarbelitkan kalam imam Abu Hanifah ? Sumber yang kamu ambil pun sumber skunder.Imam Abu Hanifah tidak pun berkata Allah bertempat diatas Arasy , tapi kamu sengaja mahu menisbatkan akidah kufur kamu itu kepada imam Abu Hanifah .Mari kita tengok balik kata kata Imam Abu Hanifah itu.
Berkata Imam Hanifah Radiallahuanhu , dalam kitab Fiqhul Absat ,
"Sesiapa yang mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku samada berada di langit atau di bumi , maka kufurlah dia. Begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada diatas Arsy dan aku tidak pasti samada Ars itu di langit atau di bumi. "
Dibawah ini adalah syarah ulama mengenai kata2 Imam Abu Hanifah tersebut:
Menurut Syekh Al `Izz Abdissalam didalam kitab Hal Arrumuz , beliau mempersetujui kata kata imam Abu Hanifah tersebut lalu berkata :
"Ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah itu tempat .Barang siapa menisbahkan bagi Allah tempat maka ia adalah musyabihah."
Manakala syekh Mulla Ali Qari al Hanafi berkata dalam kitab syarah Fiqhul Akbar
"Dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulama yang paling mulia dan amat dipercayai, maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya."
Selain itu , Imam Al Alamah Abu Al Mahasin al Qauqaji Atthorbolusi al Hanafi berkata :
"Dan barang siapa yang mengatakan "Aku tidak mengetahui bahawa Allah itu berada di langit, atau di bumi ,maka kufurlah dia.Ini adalah kerana dengan menyatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi Zat Allah.Rujuk kitab al I`timad fil I`tiqad .
Telitilah syarah syarah ulama kepada kata kata Imam Abu Hanifah diatas kerana mereka lebih mengetahui .Kenapa wahabi menggunakan kata kata imam Abu Hanifah untuk menisbahkan tempat bagi Allah ?Sedangkan , Imam Abu Hanifah mengkafirkan mereka yang mengatakan Allah berada diatas Arsy , bertempat , bersemayam sebagaimana kata kata Imam Abu Hanifah dalam Al Wasiyah (Manuskrip)., mukasurat 17
"Kami mengakui bahawa Allah Subhanahuwataala , istawa di arsy tanpa ia memerlukan Arsy dan tanpa bersemayam diatasnya padahal , Allah lah yang menjaga Arsy dan selain daripada Arsy tanpa berhajat sedikit pun padanya.Jikalau Allah berhajat kepada arsy , nescaya tidak akan wujudlah alam dan pentadbirannya seperti makhluk-makhluk, jikalau Allah berhajat kepada duduk atau bersemayam (bertanya abu hanifah kepada musyabihah) ,maka sebelum menjadikan arsy dimanakah Allah,maha suci Allah daripada bersifat dengan sedemikian itu. "
Manakala hujah dari Imam Al -Auza`i dan Imam Ahmad pula saya minta kamu bawakan teks asal bukan yang diterjemahkan dan jangan lupa nyatakan sumber .
saya tidak ingin lagi melayan mereka yang suka mendustakan kalam ulama. Tidak guna saya melayan mereka ini kerana mereka akan cuba sedaya upaya menisbatkan akidah kufur mereka kepada imam 4 mazhab.Semoga Allah menganugerahkan hidayah Islam dan Iman kepada Wahabi yang masih hidup.
saudara Hafiz jangan mudah kufurkan orang muslim..
Rasulullah berkata:
أيما رجل كفر رجلا فأحدهما كافر
kalau seorang laki menuduh kpd seorang laki lain itu kafir, maka salah seorang akan kafir (yg menuduh).
Apa pun fahaman kita pada hadith dan kata2 ulama, jangan mudah mengkafirkan orang lain..
takut lah pada Allah...
Post a Comment