Pertama sekali ingin dinyatakan disini bahawa hukum mujassim di kalangan mujtahid mutlak yang empat itu ialah kafir secara ijmak .Seperti yang dinaqal ibn hajar dalam kitab manhaj al qawim:

واعلم أن القرافي وغيره ح...كوا عن الشافعي ومالك وأحمد وأبي حنيفة رضي الله عنهم القول بكفر القائلين بالجهة والتجسيم وهم حقيقون بذلك

Pengertian jisim yang sebenar ialah sesuatu yang mempunyai had ukuran seperti panjang , lebar dan dalam.

memang terdapat ulamak dahulu yang mengartikan perkataan جسم dengan makna wujud, walaupun ini pengertian yang salah tetapi ia tidak termasuk dalam kategori riddah(pengecualian) kerana mereka tidak mengerti makna jisim yang sebenar.

Fokus utama ialah Wahabi kerana termasuk dalam kategori yang menyifatkan Allah dengan sifat jisim seperti bertangan , beranggota, bertempat.

Kemusykilan yang pertama

1. Pendapat yang mengatakan wujudnya mujassim ghairu shoreh:

Kebanyakan mereka yang mengatakan :

" jikalau wahabi menyifatkan Allah dengan sifat tangan kaki, mata, telinga ,tetapi TIDAK MENYERUPAI MAKHLUK , mereka ini tidak jatuh kafir "

yakni mereka meletakkan syarat kepada penutur seperti 'tidak serupa makhluk' ini termasuk dalam kategori mujassim ghairu shoreh .

Bagi mereka jikalau si fulan itu mengatakan "Allah ada tangan dan kaki SAMA seperti makhluk "maka baru jadi kafir .

Saya pernah bertanya kepada mereka dengan soalan:

" Adakah orang yang mengatakan Allah ada hidung, telinga,mulut, TETAPI TIDAK SERUPA MAKHLUK itu termasuk dalam mujassim ghairu shoreh ?"

Ramai akan garu2 kepala tak berani nak jawab kerana sifat seperti mulut, hidung, telinga ini adalah sifat makhluk , mustahil bagi Allah bersifat demikian.

Walau dengan apa carapun mereka( mujassim) cuba 'tanzih'kan mereka tetap menyerupakan Allah dengan makhluk dari segenap sudut. Cuma kita mudah tertipu apabila mereka mengatakan "tidak seperti makhluk "

untuk lebih mudah faham, kita cuba tukar perkataan "JISIM" itu dengan perkataan "MAKHLUK" contohnya

Ayat Asal -------->"AJIS mengatakan Allah itu JISIM tidak seperti JISIM yang lain"

cuba tukar kepada-----> "AJIS mengatakan Allah itu MAKHLUK tidak seperti MAKHLUK yang lain"

jelas bahawa, macam mana berubahnya struktur ayat mereka sekalipun , maksud mereka tetap sama iaitu menyamakan Allah dengan makhluk. Mereka inilah musyabbih yang dihukumkan kafir.

jadi adakah mujassim ghairu shoreh itu benar-benar wujud ?

Kemusykilan yang kedua :

Hukum mujassim di kalangan A`immah mazhab yang empat adalah jelas mengatakan bahawa mujassim itu kafir , hatta imam abu hassan Al Asy`ari juga mengkafirkan mujassim secara mutlak.

Mereka ini termasuk dalam kategori... orang yang layak berijtihad bahkan termasuk dalam kategori mujtahid mutlak , iaitu termasuk dalam kategori yang paling utama untuk diikuti.

Tetapi, terdapat beberapa aqwal ulamak mutaakhirin yang menyatakan mujassim tidak jatuh kafir .Mereka yang mengatakan sedemikian tidak termasuk dalam kategori mujtahid yang layak menginsbatkan hukum.

persoalannya :

Bolehkah ulamak yang bukan mujtahid mutlak membuat fatwa yang bersalahan dengan ijtihad para mujtahid mutlak ? Contohnya dalam hal ini, para mujathid mutlak mengatakan Mujassim itu kafir, tetapi mereka mengatakan mujassim itu Islam pula .Tidakkah ianya bertentangan dengan apa yang dihukumkan oleh mujtahid mutlak tersebut?

kemusykilan ketiga :

adakah yang dinamakan mujassim ghairu shoreh itu tidak termasuk dalam golongan mujassim ?

seringkali mereka yang membahagi mujassim kepada 2 jenis seolah seperti hendak menyatakan bahawa mujassim ghairu shoreh itu bukan ...mujassim. Bagi mereka akidah mujassim ghairu shoreh ni masih lagi Islam , cuma fasiq je.

Kalau bukan mujassim, kenapa mereka meletakkan juga perkataan "mujassim" pada gelaran mujassim ghairu shoreh itu ? Kenapa tida dinamakan atau digantikan dengan perkataan lain , contohnya "pelawak ghairu shoreh " atau apa sahaja yang dirasakan sesuai ?

imam al Qurtubi pun senada dengan imam Al Razi bagi ayat 7 surah Aali Imran

قوله تعالى: { فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَاءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ } قال شيخنا أبو العباس رحمة الله عليه: متبِعو المتشا...به لا يخلو أن يتبعوه ويجمعوه طلباً للتشكيك في القرآن وإضلالِ العوامّ، كما فعلته الزنادقة و...القرامِطة الطاعنون في القرآن؛ أو طلباً لاعتقاد ظواهر المتشابه، كما فعلته المجسِّمة الذِين جمعوا ما في الكتاب والسنة مما ظاهره الجِسمية حتى ٱعتقدوا أن البارىء تعالى جسم مجسم وصورة مصوّرة ذات وجه وعين ويد وجنب ورجل وأصبع، تعالى الله عن ذلكٰ؛ أو يتبعوه على جهة إبداء تأويلاتها وإيضاح معانيها، أو كما فعل صبِيغ حين أكثر على عمر فيه السؤال. فهذه أربعة أقسام:

الأوّل: لا شك في كفرهم، وأن حكم الله فيهم القتل من غير ٱستتابة.

الثاني: الصحيح القول بتكفيرهم، إذ لا فرق بينهم وبين عباد الأصنام والصور، ويستتابون فإن تابوا وإلا قتلوا كما يفعل بمن ٱرتدّ.

dan banyak lagi aqwal lain dari kalangan ulamak salaf, semuanya senada.

bagaimana pula boleh kita ambil pendapat yang kurang rajih dan meninggalkan pendapat mereka yang benar2 'rasikhun' ?

kemusykilan ke empat :

adakah perkara ini termasuk dalam perkara khilaf dikalangan ulamak ? Bolehkah berkhilaf dalam perkara iman dan kufur ?

contohnya dalam hal ini,pendapat utama mengatakan Mujassim kafir , manakala pendapat kedua mengatakan mujassim itu Islam, mana satu yang hendak diambil?

Kerana dalam perkara akidah ;tidak ada perkara yang berada ditengah-tengah, samada beriman atau sebaliknya ; kufur wal`iyadzubillah ,muktamad.

perkara ini tidak sama dengan khilaf diantra ^ashairah dan maturidiah seperti dalam sifat "Takwin" bagi Allah dan bagi kedudukan iman (samada tetap @turun naik) . kerana khilaf diantara mereka berdua tidaklah menyesatkan antara satu sama lain.

persoalannya adakah ianya khilaf dikalangan ulamak atau kesilapan dari ulamak tersebut ?



kemusykilan kelima:

rata-rata yang berpegang pendapat mujassim masih Islam ni kebanyakannya yang kuat berpolitik terutamanya yang berasaskan hizbul ikhwan di Malaysia ini.

Kebanyakannya berpegang pendapat tersebut kerana untuk mempertahankan pemimpin kesayangan mereka yang mengatakan " Allah selo lendik" ataupun " Allah bergelak ketawa" ataupun " Allah Samseng" wal`iya dzubillah . mereka amat marah jika kita katakan perkataan tersebut adalah kufur wal `iyadzubillah.

apakah kaitan politik dengan mujassim ? apakah kita perlu wala` dengan pemimpin sampaikan semua perkataannya kita benarkan atau kita diamkan kalau dia salah sekalipun ?